Foto² ini diambil sekitar Majlis Konvokesyen ke-36 UKM adinda penulis baru² ini. Pada hari bersejarah itu, kami semua tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan adinda kedua penulis. Masing² sungguh teruja untuk mencuba jubah dan topi yang dipakai dek para graduan. Maka, kami pun melaram dengan pakaian rasmi konvokesyen tersebut untuk diabadikan sebagai kenangan terindah.

 
Menariknya, ayahanda juga terpaksa akur dengan pujukan kami untuk memakai jubah dan topi tersebut. Kami beria² menyuruhnya memakai pakaian itu walaupun ayahanda agak keberatan pada mulanya. Jika arwah bonda ada, pasti bonda juga kami paksa untuk memakai pakaian itu. Namun, hasrat itu tidak kesampaian. Penulis yakin, bonda berbangga dengan adinda penulis kerana usaha gigihnya telah membuahkan hasil. A-Fatihah untuk arwah bonda.

Ayahanda, adinda tengah dan adinda bongsu, tidak lupa juga pada arwah bonda, kamu semua buah hatiku dulu, kini dan selama²nya. Kasih sayangku pada kalian tidak akan pernah luntur. InsyaAllah.

 


Jika dahulu Agnes Monica tampil dengan lagu rancak, kini dia kembali dengan lagu berentak perlahan iaitu Matahariku. Melodi lagu ini benar² menguji vokalnya. Namun, Agnes berjaya membawa lagu ini dengan baik dan suaranya yang lunak sangat mengasyikkan.


Jom layan lagu Matahariku. Semoga terhibur.


Kebiasaannya widget label atau kategori di blogspot memaparkan jumlah topik yang telah ditulis oleh anda. Sebenarnya anda boleh menghilangkan jumlah topik di widget tersebut jika anda tidak mahu umum mengetahui jumlah sebenar topik yang telah anda buat sepanjang berblog.


Anda perlu lakukan perkara berikut untuk membuang jumlah topik.

  • Login masuk.
  • Masuk ke Layout.
  • Pilih Edit HTML – tandakan Expand Widget.
  • Cari kod dibawah ini dan buang.

<span dir=’ltr’>(<data:label.count/>)</span>

  • Akhir sekali, Save template.

Siap. Sekarang widget label atau kategori anda sudah tidak mempunyai nombor lagi. Selamat mencuba.

Sumber : Ien


Dua hari lepas penulis telah berkongsi cara untuk Buat Tandatangan. Rentetan dari topik tersebut, kali ini penulis akan mengajar pula langkah demi langkah untuk memasukkan tandatangan tersebut ke dalam blog. Pastikan anda telah mempunyai imej tandatangan anda dan muatnaik imej tersebut ke Imageshack untuk disimpan.


Berikut adalah cara² untuk memasukkan tandantangan ke dalam blog.

  • Login masuk.
  • Plih Settings.
  • Kemudian pilih Formatting.
  • Pada bahagian Post Template, anda masukkan kod ini :-

<p><image class=”centered”alt=”post signature” src=”http://gambar.com/tandatangan.png” /></p>

  • Akhir sekali, Save Settings.

Pastikan anda menukar tulisan berwarna merah dengan alamat imej anda sendiri. Sekarang anda sudah mempunyai tandatangan untuk blog. Setiap kali anda mengepos entri terbaru, tandatangan anda akan terpampang di bahagian bawahnya. Selamat mencuba. Semoga berhasil.


Jika anda pengguna Firefox, tentu anda maklum apabila anda memuatturun sebarang jenis fail dari internet, maka fail² tersebut akan disimpan di Desktop. Justeru, ia mungkin mencacatkan pemandangan penghias skrin yang cantik di komputer anda. Lantas, anda disarankan untuk memindahkan fail² tersebut ke lokasi lain yang difikirkan sesuai.


Caranya cukup mudah. Anda cuma perlu mengikuti langkah² berikut.

  • Buka tab Tools.
  • Kemudian pilih Options.
  • Pada tab Main, lihat pada bahagian Downloads.
  • Browse dan pilih folder pilihan anda pada kotak Save files to.
  • Kemudian klik Save.

Nah, sekarang semua fail yang anda muatturun akan disimpan di dalam folder yang telah anda pilih. Tiada lagi kesesakan fail di Desktop anda.


Teringin hendak membuat tandatangan (signature) untuk blog tetapi tidak tahu caranya?? Anda cuma perlu mengikuti beberapa langkah mudah dan selepas itu anda akan mendapat tandatangan tersebut. Jadi, apa tunggu lagi?? Mari kita buat tandatangan.


Anda perlu masuk ke laman web My Live Signature, pilih sama ada anda ingin mendaftar atau membuat tandatangan tanpa mendaftar. Seterusnya anda, ikuti saja cara² yang telah disediakan. Semoga berhasil.


Hari ini sebenarnya adalah Hari Lahir Ayahanda. Penulis mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir buat ayahanda kesayangan. Semoga ayahanda diberi kesihatan yang baik, panjang umur dan sentiasa bahagia dunia wal akhirat. Meskipun bonda tiada lagi disisi ayahanda, namun kami tetap setia menemani ayahanda selagi diizinkan Allah.


Ayahanda, anak²mu menyayangimu dengan sepenuh hati meskipun kalimat itu jarang benar kami ucapkan secara zahir. Ketahuilah bahawa jauh di sudut hati kami, ayahanda berada di tempat teratas sama seperti kami tempatkan arwah bonda di sanubari.


Guru blog penulis iaitu Ien telah bermurah hati untuk menghadiahi penulis anugerah Brilliant Weblog. Sebenarnya penulis terkedu jugak apabila mendapat anugerah ini kerana karya di dalam blog ini banyak dirujuk dari blog orang lain. Jadi, anugerah ini bermakna bagi penulis kerana diberi oleh seseorang yang penulis jadikan sumber inspirasi.


Brilliant Weblog is a prize given to sites and blogs that are smart and brilliant both in their content and their design. The purpose of the prize is to promote as many blogs as possible in the blogsphere.

Rules:
1) Put the logo on your blog.
2) Add a link to the person who awarded you.
3) Nominate other blogs.
4) Add links to those blogs on yours.
5) Leave a message for your nominees on their blogs.

Anugerah ini selayaknya untuk dimiliki oleh bloggers² ini kerana ilmu yang mereka kongsi bersama pengguna blog yang lain.

1. GreenBoc
2. Blog Menjerit
3. Sembang Komputer
4. Cekap Komputer
5. Khai

Tahniah kepada bloggers² yang menerima anugerah ini.


Wow! Setelah sekian lama berkecimpung dalam arena blog, baru kali ini penulis mendapat anugerah dari seorang rakan baru dan sahabat lama. Mereka ialah Tengok Sana Sini dan Cheryna yang secara kebetulannya telah memberikan anugerah yang sama bagi kategori Kreatif Blogger. Penulis mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka kerana sudi memberikan penghargaan itu buat penulis.


Ucapan berangan penulis
Terima kasih kepada para bloggers dan pembaca yang sering berkunjung ke blog picisan ini. Dengan sokongan anda, blog ini terus gah di persada maya.

It has been done according to the following rules:
1. The winner may put the logo on her blog.
2. Put a link to the person you got the award from.
3. Nominate 5 blogs.
4. Put links to the blogs.
5. Leave a message for your nominees

Seterusnya blog ini akan memberikan anugerah Kreatif Blog kepada bloggers² berikut :-

1. Dekan
2. Honey
3. Lepak
4. Tinta Lughahwi
5. Zalin

Tahniah kepada para penerima anugerah.


Tanggal 11 Ogos 2008 mencatat sejarah tersendiri di dalam kehidupan penulis dan keluarga. Pada tarikh inilah adinda kedua penulis menerima segulung ijazah Sarjanamuda di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Segala perit jerihnya selama 3 tahun bergelumang dengan asaimen dan tesis akhirnya berbaloi juga.


Justeru, di kesempatan ini penulis sebagai kakak kepadanya mengucapkan tahniah kerana telah berjaya menamatkan pengajian dengan sukses. Semoga adinda penulis memperolehi kerjaya yang baik dan dirahmati Allah selalu. Harapan ayahanda dan arwah bonda yang dipikulnya tertunai sudah. Meskipun arwah bonda tidak dapat meraikan kejayaannya bersama kami sekeluarga, namun penulis percaya arwah bonda pasti berbangga dengannya.

Penulis sangat teruja sebelum masuk ke Dewan Canselor Tun Adul Razak (DECTAR). Sewaktu penulis , adinda lelaki dan ibu saudara melangkah masuk ke Dectar tersebut, kami dapat merasakan kemeriahan yang bakal berlangsung. Selepas semua ibu bapa serta ahli keluarga masuk ke Dectar, para graduan mula masuk ke dalamnya. Mereka kelihatan segak dan cantik dengan jubah dan topi masing².

Kami berdiri untuk memberi penghormatan kepada para graduan sewaktu mereka berbaris masuk ke dewan. Sejurus kemudian, ketibaan Pro Canselor dan dif² kehormat yang lain dan kami terus berdiri sebagai tanda hormat kepada mereka.

Satu persatu nama mereka terpampang di skrin dan apabila tiba nama adinda penulis, terasa gembira di hati. Melihat dia menerima anugerah dari Pro Canselor, penulis teringatkan arwah bonda. Jika bonda masih ada, tentu bondalah yang akan melihat saat² gemilang itu. Al-Fatihah untuk bonda. Semoga arwahnya dicucuri rahmat.