![]()
Hari ini sebenarnya adalah Hari Lahir Ayahanda. Penulis mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir buat ayahanda kesayangan. Semoga ayahanda diberi kesihatan yang baik, panjang umur dan sentiasa bahagia dunia wal akhirat. Meskipun bonda tiada lagi disisi ayahanda, namun kami tetap setia menemani ayahanda selagi diizinkan Allah.
Ayahanda, anak²mu menyayangimu dengan sepenuh hati meskipun kalimat itu jarang benar kami ucapkan secara zahir. Ketahuilah bahawa jauh di sudut hati kami, ayahanda berada di tempat teratas sama seperti kami tempatkan arwah bonda di sanubari.
Ogos 16, 2008 at 6:48 am
Selamat Hari Lahir buat ayahanda..!! Sampaikan salam anakanda kat ayahanda eriyza yer…
Ogos 17, 2008 at 6:42 am
Thanks Mohd Kamal.