Rindunya penulis kat blog ini. Sepanjang cuti sekolah yang lalu, penulis tidak dapat mengupdate blog ini sebab komputer penulis ‘kurang sihat’. Terpaksa laa penulis bercuti dari menulis blog. Semalam baru penulis mengambil komputer penulis di kedai. Harapan penulis agar komputer kesayangan penulis ini sudah kembali pulih seperti sedia kala. Penulis dan komputer umpama rakan akrab. Jika komputer penulis bermasalah, walanglah hati penulis. doa

Sewaktu penulis online YM pagi tadi, seseorang menegur penulis dan memberitahu bahawa dia sering membaca blog penulis. Katanya lagi, dia kecewa apabila mendapati blog penulis sudah beberapa hari tidak diupdate. Sungguh tidak penulis sangka, blog picisan ini punya ‘peminatnya’ tersendiri. Terima kasih kerana sudi bertandang ke teratak buruk penulis ini. InsyaAllah, penulis akan menulis entri yang bermanfaat buat saudari dan pembaca yang lain. senyumkenyit