Semakin lama semakin seronok pula berkongsi ilmu tentang komputer di blog ini. Penulis amat gembira apabila pelbagai jenis ilmu yang penulis adaptasikan disini, mendapat maklum balas positif daripada pembaca blog ini. Terima kasih kerana mencuba ilmu yang terdapat disini. Kali ini penulis mahu berkongsi pula cara untuk restart Windows secara mudah. Anda teruja nak belajar?? ihikhik

Cara²nya adalah seperti berikut :-

  • Klik kanan pada desktop komputer anda.
  • Pilih New -> Shortcut
  • Taipkan shutdown -r -t 0
  • Klik Next, dan berikan nama pintasan sebagai “Restart”
  • Klik Finish

Anda boleh menggunakan pintasan ini setiap kali anda mahu restart / reboot komputer anda. Mudah bukan?? senyumkenyit