Windows XP



Setiap kali program yang dilancarkan di Windows atau laman web di browser mengalami masalah, satu kotak dialog aduan rosak (error report) akan keluar. Tujuan kotak tersebut ialah untuk membolehkan pengguna menghantar aduan tentang program yang tidak berfungsi dengan baik. Namun, penulis beranggapan kotak tersebut mengganggu penulis ketika sedang sibuk membuat kerja. gile


Justeru, penulis mencari penyelesaian untuk menghalang kotak dialog itu muncul apabila keadaan yang sama berulang.

  • Tekan butang Start.
  • Buka Control Panel.
  • Klik 2 kali pada System.
  • Pilih tab Advanced.
  • Tekan pada menu Error reporting.
  • Hilangkan tanda pada kotak Disable error reporting.

Siap. Selepas ini kotak dialog tersebut tidak akan muncul lagi di skrin komputer anda. takbole


Adakah anda tahu fungsi kekunci F1 sehingga F12 yang terdapat pada papan kekunci komputer anda?? Bagi diri penulis, hanya beberapa kekunci tersebut yang penulis tahu akan fungsinya. Justeru, penulis telah membuat carian untuk mengetahui apakah rahsia yang terdapat disebalik kekunci tersebut. Jika anda juga berminat untuk mengetahui tentangnya, mari kita selongkar bersama. kenyit


Berikut ialah fungsi² butang kekunci F1 sehingga F12.

F1

  • Almost always used as the help key, almost every program will open the help screen when this key is pressed.
  • Windows Key + F1 would open the Microsoft Windows help and support center.
  • Open the Task Pane.

F2

  • In Windows commonly used to rename a highlighted icon or file.
  • Alt + Ctrl + F2 opens a new document in Microsoft Word.
  • Ctrl + F2 displays the print preview window in Microsoft Word.

F3

  • Often opens a search feature for many programs including Microsoft Windows.
  • Shift + F3 will change the text in Microsoft Word from upper to lower case or a capital letter at the beginning of every word.

F4

  • Open find window.
  • Repeat the last action performed (Word 2000+)
  • Alt + F4 will close the program currently active in Microsoft Windows.
  • Ctrl + F4 will close the open window within the current active window in Microsoft Windows.

F5

  • In all modern Internet browsers pressing F5 will refresh or reload the page or document window.
  • Open the find, replace, and go to window in Microsoft Word.
  • Starts a slideshow in PowerPoint.

F6

F7

  • Commonly used to spell check and grammar check a document in Microsoft programs such as Microsoft Word, Outlook, etc.
  • Shift + F7 runs a Thesaurus check on the word highlighted.
  • Turns on Caret browsing in Mozilla Firefox.

F8

  • Function key used to enter the Windows startup menu, commonly use to get into Windows Safe Mode.

F9

  • Opens the Measurements toolbar in Quark 5.0.

F10

  • In Microsoft Windows activates the menu bar of an open application.
  • Shift + F10 is the same as right-clicking on a highlighted icon, file, or Internet link.

F11

  • Full-screen mode in all modern Internet browsers.

F12

  • Open the Save as window in Microsoft Word.
  • Shift + F12 save the Microsoft Word document.
  • Ctrl + Shift + F12 prints a document in Microsoft Word.

Semoga ianya bermanfaat buat anda. menari

Sumber : Computer Hope


Ada masanya ketika membuat sesuatu tugasan, anda perlu menyalin dan menampal maklumat yang anda kehendaki. Justeru, berkemungkinan browser Firefox dan Microsoft Word saling diperlukan sepanjang proses itu dilakukan. Anda terpaksa bertukar-tukar antara kedua² tetingkap tersebut. sigh


Sebenarnya anda boleh memaparkan kedua² tingkap tersebut serentak dengan mengecilkan saiznya. Caranya mudah sahaja.

  • Klik kanan pada ruang kosong di task bar.
  • Kemudian anda pilih Tile Windows Vertically.
  • Siap. Tetingkap anda sudah dipaparkan kesemuanya.

Tetingkap anda sekarang berbentuk menegak. Jika anda mahu tetingkap dipaparkan secara melintang, pilih saja Tile Windows Horizontally. Selamat mencuba. kenyit


Pernahkah anda mendengar lagu tema rasmi Windows?? Jika pernah, anda mungkin sudah mengetahui cara mencarinya. Sekiranya belum, anda perlu membaca topik ini sehingga habis. Penulis akan berkongsi dengan anda cara untuk mencari muzik yang tersembunyi itu. marisini


Lagu rasmi ini tersembunyi di dalam fail di dalam sistem komputer anda. Sila ikuti langkah² dibawah ini untuk mencari fail muzik tersebut.

  • Buka My Computer
  • Pilih Local Disk (C:)
  • Cari fail Windows
  • Pilih fail System32
  • Pilih fail Oobe
  • Pilih fail Images
  • Cari mp3 yang berjudul Title

Siap. Anda sudah menemui lagu Windows yang diberi nama Microsoft – Windows Welcome Music. Muzik ini panjangnya 5 minit 24 saat. Selamat mendengar. Semoga terhibur. cium


Penulis ingin mengajar anda cara² untuk memadamkan nama pada setiap ikon di Desktop. Walaupun tips ini tidaklah penting sangat tetapi tidak salah rasanya kalau anda mahu mencuba ilmu baru. Maklumlah, setiap hari kita pelajari benda yang baru. Jika berminat, jom penulis ajarkan. marisini


Anda cuma perlu ikuti langkah² di bawah.

  • Pastikan butang Num Lock menyala
  • Highlight Ikon yang anda ingin ubah
  • Klik kanan dan pilih Rename
  • Tekan butang ALT tanpa lepas dan taip 0160
  • Kini Ikon anda sudah tiada nama

Mudah sajakan?? Selamat mencuba. Tips ini mungkin tidak sesuai untuk pengguna Windows Vista kerana anda tidak dapat menamakan semula namanya selepas memadamkannya. senyumkenyit


Sewaktu penulis hendak menulis topik ini, penulis disapa oleh din3187 di yahoo messenger. Justeru, penulis mengajarnya cara² untuk menukar nama (rename) pada Recycle Bin. Secara tidak langsung, topik ini telah berjaya dilakukan oleh seorang pembaca. Penulis berharap anda juga berjaya menukar nama Recycle Bin anda kepada nama yang anda kehendaki. encem


Penulis memilih untuk meletakkan nama Kitar Semula pada Recycle Bin penulis. Berikut penulis akan beritahu cara² untuk menukarnya.

  • Klik Start -> Run
  • Taipkan regedit
  • Kembangkan (expand) ke fail² berikut :
  • HKEY_CLASSES_ROOT
  • CLSID
  • {645FF040-5081-101B-9F08-00AA002F954E}
  • Klik 2 kali pada LocalizedString
  • Tulis nama baru ke dalam Value Data
  • Refresh desktop

Sukses, nama Recycle Bin anda sudah bertukar kepada nama baru. Anda perlu berhati² sewaktu mencari di dalam Registry Editor supaya tidak melakukan kesilapan. Selamat mencuba. senyumkenyit

Anda bosan dengan stail yang sama pada paparan My Computer anda?? Teringin menukar paparannya seperti Windows Vista sedangkan anda pengguna Windows XP?? Jangan risau, mudah saja caranya. Selain itu, boleh juga tunjukkan kepada rakan anda bahawa anda tahu banyak tips komputer. Jom kita belajar. ihikhik



Paparan mengikut stail Windows Vista lebih menarik kerana di bawah setiap ikon disertakan bar. Warna² tertentu akan mewakili bar samada drive tersebut masih ada ruang atau sudah hampir penuh. Misalnya warna cyan menandakan masih ada ruang kosong manakala merah pula semacam amaran bahawa drive anda sudah digunakan sepenuhnya. Anda tidak perlu klik kanan dan ke bahagian properties untuk melihat baki ruang yang ada. Kalau anda mahu mencubanya, muatturun perisian Vista Drive Icon dan masukkan ke dalam komputer anda. peace


Kebiasaannya ikon pada desktop disusun dalam bentuk Tiles. Sekiranya anda gemar meletakkan banyak ikon pada desktop anda, susunan sedemikian akan menyebabkan desktop anda kelihatan berserabut. Apa kata kalau anda mengubah susunan tersebut ke bentuk yang lebih kecil iaitu bentuk List. Sudah pasti ianya akan kelihatan lebih kemas. ihikhik


Anda cuma perlu memuatturun perisian Deskview, unzip dan kemudian extractkan sahaja. Selepas itu, ikon desktop anda akan kelihatan seperti ini.


Sekiranya anda mahu ikon desktop anda kembali pada keadaan asal, klik semula pada perisian tadi. Mudah saja bukan?? Penulis sudah mencubanya, kini giliran anda pula. menari


Jika anda pengguna Windows XP dan Windows Vista, anda boleh meletakkan nama anda di sebelah jam pada task bar. Penulis telah mencubanya pada komputer penulis dan ingin pula penulis berkongsi ilmu itu dengan sesiapa jua yang ingin mencuba sesuatu yang baru. menari


Berikut adalah cara² untuk melakukan taktik ini.

1. Buka Control Panel dan pilih Regional and Language Options.

2. Klik Customize dan pilih Time.

3. Untuk meletakkan teks, anda cuma perlu menulis di sebelah perkataan AM / PM. Sebagai contoh, penulis meletakkan perkataan Eriyza‘.

4. Selepas itu klik Apply, Ok dan Ok.

Awas!!! Perubahan waktu jam ini akan berlaku kepada keseluruhan sistem jam anda dan ianya tidak hanya berubah di task bar. Anda boleh membuka Notepad dan menekan butang F5 untuk memastikannya. ihikhik


Gambar yang penulis tunjukkan di atas adalah contoh laman web yang penulis simpan di Desktop. Ianya memudahkan penulis untuk ke laman web tersebut tanpa perlu menaip di browser Firefox. Sekiranya anda mempunyai laman web kegemaran dan ingin menyimpannya di Desktop tanpa perlu “bookmark“, anda boleh mengikuti tunjuk ajar di bawah. Teknik ini dipanggil pintasan (shortcut). star

Anda boleh melakukannya menggunakan kaedah pengaturcaraan berikut:

1) Buka program Notepad

2) Masukkan kod di bawah:

[InternetShortcut]
URL=http://www.eriyzaqistina.blogspot.com

Nota : Gantikan URL dengan alamat blog / laman web yang anda mahu.

3) Simpan sebagai (Save As) eriyzaqistina.url di Desktop

File Name: eriyzaqistina.url
Save as type: All Files

Satu ikon pintasan (shortcut) akan dihasilkan, klik pintasan ini untuk melayari laman blog Eriyza Qistina. Selamat mencuba. kenyit

Laman Berikutnya »