Oktober 2007



Tema blog ini berubah lagi. Seperti yang anda dapat lihat, inilah wajah baru blog penulis. Sebenarnya tema terbaru didatangkan dalam 2 kolum tetapi telah dimekapkan oleh sentuhan jari penulis sehingga wajahnya yang asal telah bertukar menjadi 3 kolum. Penulis menambah sidebar baru dan menukar warna latar bahagian tengah. Hasilnya seperti yang anda lihat sekarang. setan

Tema asal blog ini dinamakan The Missing Piece. Penulis telah melakukan pengubahsuaian ke atas blog ini dalam jangkamasa yang agak singkat. Kebiasaannya, percaturan penulis untuk mengubah wajah blog penulis dengan motto ‘try and error’. gelakguling

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan template seperti ini, sila download di Fresh Blogger Templates. kenyit



Seorang rakan iaitu areefeen telah menyiarkan gambar di atas di Forum TranungKite Online. Menurut beliau, gambar ini dirakamkan sewaktu melalui jalan Taman Syahbandar, Kuala Terengganu. Konsep rekaan bas ini berciri tradisional. Anda dapat melihat dengan jelas ciri² tersebut pada bumbung bas. Kemungkinan konsep ini diperkenalkan untuk memartabatkan kesenian warisan masyarakat Melayu yang halus dan unik. senyumkenyit

Penulis sendiri belum pernah melihat bas ini. Mungkin jika penulis berpeluang melihat bas ini nanti, penulis akan membuat ulasan lebih lanjut. Sesiapa yang bekesempatan menaiki bas ini, bolehlah pula berkongsi input dengan rakan yang lain. garupale


Terdapat banyak kamus online yang ditawarkan di internet untuk menterjemahkan perkataan di dalam Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. Kali ini penulis mahu memperkenalkan sebuah laman web yang boleh menterjemahkan ayat dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. Ianya sangat sesuai untuk semua peringkat umur. tension

Walaupun terjemahannya tidaklah tepat 100% tetapi sekurang²nya dapat membantu para pelajar atau sesiapa saja yang lemah di dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Menariknya, laman web ini bukan setakat menterjemah perkataan tetapi terjemahannya juga merangkumi ayat yang panjang. Lazimnya, penulis menggunakan laman web ini apabila sesuatu ayat tidak penulis fahami sepenuhnya. Anda boleh mencubanya di Lingua Web. around


Sesetengah orang suka memilih status “invisible” di dalam Yahoo Messenger mereka. Pada waktu tertentu, anda mungkin sangat memerlukan bantuan rakan siber anda tetapi anda kehampaan apabila melihat “nickname” mereka tiada dalam talian. Sebenarnya mereka ada di talian, cuma menyorok di sebalik tabir. ihikhik

Mari kita menjejaki mereka yang menyorok di sebalik tabir tetapi mereka tidak tahu bahawa anda boleh mengesan mereka. Dengan menggunakan website Invisible, anda cuma perlu menaip id rakan anda di dalam kotak carian dan seterusnya tekan butang carian. Penulis mencubanya pada id penulis sendiri sewaktu penulis sedang invisible dan hasilnya dapat anda lihat di dalam gambar di atas. Nah, sekarang anda akan mengetahui sama ada rakan anda sedang online, invisible atau offline. Mereka tidak boleh menyorok daripada anda lagi. gelakguling

Penulis paparkan di blog ini video khas tentang aktiviti Tranungkite Online di bulan Ramadan yang lalu. Apa yang anda lihat di dalam video tersebut ialah suasana di Rumah Yakin Al-Wadi Kupang, Kedah sewaktu proses penyerahan baju raya kepada anak² yatim. senyum

Sesungguhnya pengorbanan sebahagian daripada warga TKO tidak dapat digambarkan dengan perkataan. Semoga Allah Taala jua yang memberi ganjaran buat mereka. Pada anda di luar sana, mendermalah dengan seikhlas hati untuk anak² yatim ini. Berikanlah mereka sedikit sinar keceriaan agar mereka juga bisa bahagia seperti anda.

Maklumat lanjut tentang aktiviti ini boleh dilayari di Tranungkite Online. love

Credits untuk video : AdukaTaruna


Sebelum ini, penulis sudah berkongsi dengan anda cara untuk menggerakkan gambar di browser. Kini, penulis ingin berkongsi pula satu lagi cara untuk menggegarkan browser internet. Caranya sangat mudah. Mari kita belajar bersama. menari

Anda cuma perlu copy paste kod di bawah ini pada browser Firefox atau Internet Explorer.

javascript:function Shw(n) {if (self.moveBy) {for (i = 35; i > 0; i–) {for (j = n; j > 0; j–) {self.moveBy(1,i) ;self.moveBy(i,0);self.moveBy(0,-i);self.moveBy(-i,0); } } }} Shw(6)

Semua ini hanya untuk tujuan suka² saja. Penulis berharap anda suka akannya. rindu

Ini ialah blog peribadi Eriyza. Semua bahan yang terpapar disini hanyalah untuk tujuan peribadi dan bukan untuk dikomersilkan. Penulis tidak bertanggungjawab terhadap apa² kerosakan yang anda alami setelah mengambil bahan dari blog ini.
Anda nampak tak tulisan berkelip² kat atas? Tulisan berkelip itu namanya Blink. Kadangkala bosan juga kalau menulis blog dengan tulisan biasa saja. Jadi, penulis mencuba tulisan ini pula. Tujuannya sekadar untuk suka² saja. Kalau anda mahu mencuba tulisan ini, sila ikuti cara² dibawah. around


Inilah kodnya.


Mudah sajakan?? Sekarang anda boleh pula mencubanya di blog anda. senyumkenyit


Apa khabar readers?? Adakah anda sudah kembali meneruskan rutin harian kembali sebagai pekerja?? Semoga ceria selalu. Kali ini penulis mahu berkongsi dengan anda cara untuk membuatkan gambar di enjin carian bergerak. Jom kita belajar. kenyit


Sila ikuti cara² dibawah.

1. Mula² buka browser Firefox atau Internet Explorer.
2. Pergi ke laman web google.
3. Selepas itu taip perkataan doraemon dan pilih images.
4. Kemudian, copy paste kod di bawah di dalam address bar dan klik enter.

javascript:R=0; x1=.1; y1=.05; x2=.25; y2=.24; x3=1.6; y3=.24; x4=300; y4=200; x5=300; y5=200; DI=document.images; DIL=DI.length; function A(){for(i=0; i-DIL; i++){DIS=DI[ i ].style; DIS.position=’absolute’; DIS.left=Math.sin(R*x1+i*x2+x3)*x4+x5; DIS.top=Math.cos(R*y1+i*y2+y3)*y4+y5}R++}setInterval(‘A()’,5); void(0);
5. Sekarang anda melihat gambar sedang bergerak.

Nota : Anda boleh menukar perkataan doraemon dengan perkataan yang anda mahu.
Selamat mencuba. Sebarang pertanyaan, ajukan saja di bahagian komen. senyumkenyit

Sempena Hari Raya Aidilfitri yang sedang kita raikan, marilah kita bersama² mengalunkan kalimah merdu takbir raya. Penulis sertakan sekali di blog ini lafaz takbir yang sering dialunkan setiap kali menyambut perayaan Aidilfitri dan Aidiladha. kenyit

Lafaz yang dianjurkan ialah

اللَّهُ أَكْبَرُ
اللَّهُ أَكْبَرُ
اللَّهُ أَكْبَرُ
لا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَاَللَّهُ أَكْبَرُ
اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Allah maha besar (maha agung)
Allah maha besar
Allah maha besar
Tiada tuhan yang sebenar melainkan Allah dan Allah maha besar
Allah maha besar, bagi Allah segala pujian

dan sunat dengan lafaz

اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا
Allah maha besar,Allah maha besar,Allah maha besar sebesar-besarnya
Segala pujian bagi Allah,
dan maha suci Allah (dari kekurangan) pagi dan petang

juga sunat tambah

لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ ، وَلَا نَعْبُدُ إلَّا إيَّاهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ ، لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ ،
وَأَعَزَّ جُنْدَهُ ، وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ ، لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَاَللَّهُ أَكْبَرُ
أَكْبَرُ
Tiada tuhan yang sebenar melainkan Allah
tidak kami perhambakan diri melainkan kepadanya sahaja
dalam keadaan mengikhlaskan diri dalam beragama kepadanya walau dibenci orang-orang kafir
Tiada tuhan yang sebenar melainkan Allah sahaja
Ia telah membenarkan janjinya (memenangkan Rasul dan para pengikut baginda), Ia telah menolong(memenangkan) hambanya(Nabi Muhammad), Ia telah memperkuatkan/memuliakan tenteranya,
Ia telah menewaskan tentera sekutu sendirian
Tiada tuhan yang sebenar melainkan Allah
dan Allah maha besar


Selamat bertakbir. senyumkenyit

Sumber : Tranungkite Online

Jika anda ingin perkatakan sesuatu, bertanyakan soalan, memberi cadangan dan menulis komentar peribadi, anda dialu²kan untuk menghubungi penulis. senyumkenyit
id = 6616;

Laman Berikutnya »