Websites



Dua hari lepas penulis telah berkongsi cara untuk Buat Tandatangan. Rentetan dari topik tersebut, kali ini penulis akan mengajar pula langkah demi langkah untuk memasukkan tandatangan tersebut ke dalam blog. Pastikan anda telah mempunyai imej tandatangan anda dan muatnaik imej tersebut ke Imageshack untuk disimpan.


Berikut adalah cara² untuk memasukkan tandantangan ke dalam blog.

  • Login masuk.
  • Plih Settings.
  • Kemudian pilih Formatting.
  • Pada bahagian Post Template, anda masukkan kod ini :-

<p><image class=”centered”alt=”post signature” src=”http://gambar.com/tandatangan.png” /></p>

  • Akhir sekali, Save Settings.

Pastikan anda menukar tulisan berwarna merah dengan alamat imej anda sendiri. Sekarang anda sudah mempunyai tandatangan untuk blog. Setiap kali anda mengepos entri terbaru, tandatangan anda akan terpampang di bahagian bawahnya. Selamat mencuba. Semoga berhasil.


Teringin hendak membuat tandatangan (signature) untuk blog tetapi tidak tahu caranya?? Anda cuma perlu mengikuti beberapa langkah mudah dan selepas itu anda akan mendapat tandatangan tersebut. Jadi, apa tunggu lagi?? Mari kita buat tandatangan.


Anda perlu masuk ke laman web My Live Signature, pilih sama ada anda ingin mendaftar atau membuat tandatangan tanpa mendaftar. Seterusnya anda, ikuti saja cara² yang telah disediakan. Semoga berhasil.


Sesetengah bloggers tidak gemar meletakkan kotak jerit di blog mereka. Justeru, jika pembaca punya sebarang soalan atau cadangan untuk dikemukakan kepada pemilik blog tersebut, komen di bahagian topiklah yang menjadi sasaran. Namun, ada cara yang lebih bagus untuk berhubung antara penulis dan pembaca blog iaitu dengan menggunakan borang maklumbalas.


Penulis juga ada menyediakan borang tersebut walaupun sudah tersedia kotak jeritan di blog ini. Manalah tahu kalau² ada pembaca yang sudi untuk mengirimkan email buat penulis. Caranya mudah sahaja, anda cuma perlu isi bahagian nama, email, subjek dan juga mesej. Kemudian, klik sahaja Send Email selepas anda mengisi kata laluan yang diberikan. Anda boleh membuat borang maklumbalas di KontactR.


Cari benda tersembunyi di dalam gambar merupakan antara permainan kegemaran kanak². Penulis juga pernah menggunakan kaedah sedemikian di dalam pengajaran dan pembelajaran sewaktu penulis menjadi guru dahulu. Justeru, permainan sebegini dapat mendidik anak² berfikir selain menyeronokkan sewaktu proses pembelajaran berjalan.


Permainan ini memerlukan ketelitian yang tinggi kerana anda perlu mencari 26 abjad ABC yang tersembunyi di dalam gambar. Penulis hanya berjaya menemui 25 abjad sahaja dan abjad D gagal ditanda. Jika anda seorang yang handal di dalam permainan seperti ini, tentu sahaja anda mampu mengatasi rekod penulis. Selamat mencari abjad² yang tersembunyi di Where Is ABC.

Satu lagi widget kalendar yang penulis kira menarik untuk dikongsi bersama para pembaca dan bloggers yang lain. Kalendar ini amat ringkas dan sesuai untuk anda yang gemarkan sesuatu yang bersahaja. Anda boleh mengubah tema, warna teks malah boleh meletakkan gambar latar belakang mengikut citarasa anda sendiri.


Jika anda berhasrat untuk menggunapakai kalendar ini, anda boleh mendapatkannya di Yourminis. Selamat mencuba.


Sekiranya anda mengiklankan email peribadi anda di mana² blog / laman web, tidak mustahil jika email anda akan diserang dengan pelbagai email sampah (spam). Justeru, adalah disyorkan agar anda meletakkan email anda di dalam bentuk imej dan bukannya tulisan teks agar ia lebih sukar untuk ditembus masuk oleh penyebar email yang tidak bertanggungjawab.


Anda cuma perlu mengisi beberapa maklumat yang diperlukan. Kemudian, anda perlu klik pada butang Generate Spam Proof Email Address! untuk membuat imej bagi email anda. Email anda akan ditukar dari teks kepada imej seperti contoh dibawah.


Anda boleh mencuba perkhidmatan ini di Generate Spam Proof Email Address!


Andainya anda sedang mencari ikon² yang menarik untuk diletakkan pada pautan tertentu di blog / laman web anda, penulis ingin memperkenalkan sebuah laman pencarian yang sesuai untuk anda. Anda boleh mencari apa saja ikon yang dikehendaki dan kemudian boleh digunapakai pula di blog / laman web anda.


Enjin pencarian ikon yang penulis maksudkan ialah Search Icon. Mulakan pencarian ikon² kegemaran anda sekarang.


Kehabisan kredit telefon bimbit?? Tiada telefon rumah untuk menelefon?? Anda perlu menghubungi seseorang kerana hal yang sangat penting?? Jangan kalut jika anda punya talian internet di rumah, kini anda boleh menggunapakai perkhidmatan sms percuma dari laman web. Anda cuma perlu mendaftar dulu dan selepas itu bolehlah mula menghantar sms kepada orang yang anda kehendaki.


Anda boleh menghantar sehingga 15 sms setiap hari. Panjang sms itu pula sehingga 80 patah perkataan. Penerima sms anda akan menerima sms anda beserta iklan dari laman web tersebut. Pastikan anda menulis nama anda di penghujung sms, jika tidak pihak satu lagi akan menyangka anda cuba hendak mempermainkannya pula. Hantarlah sms percuma kepada penulis dan rakan² anda yang lain di Chawt.


Kali ini penulis ingin memperkenalkan sebuah laman web yang membolehkan anda memuatnaik gambar dan seterusnya menjadikan gambar² tersebut sebagai sebuah slideshow. Ia didatangkan di dalam pelbagai bentuk yang menarik seperti Revolution, Spiral, Twister dan lain² lagi.


Anda juga boleh menambah pelbagai aksesori tambahan. Antaranya ialah skins, decorations, glitter, size dan borders. Anda juga boleh menikmati pelbagai lagi tawaran yang bagus dari laman web Picture Trail ini. Selamat meneroka.


Jika anda seorang yang berbakat di dalam penghasilan penghias skrin (wallpapers), adalah lebih baik jika anda berkongsi hasil karya anda itu bersama orang lain. Anda pasti tersenyum lebar andai mengetahui hasil penat lelah anda dipaparkan oleh orang lain di komputer mereka. Selain itu, anda juga dapat memuattturun penghias skrin kegemaran anda secara percuma.


Ada pelbagai tema penghias skrin disediakan untuk pemilik komputer yang gemar menukar penghias skrin masing² dua atau tiga kali sebulan. Antara tema yang ada ialah Anime, Cars, Nature, Technology dan pelbagai lagi. Anda boleh memuatnaik penghias skrinbuatan sendiri dan memuatturun penghias skrin secara percuma di Desktop Nexus.

Laman Berikutnya »