Online Tool



Teringin hendak membuat tandatangan (signature) untuk blog tetapi tidak tahu caranya?? Anda cuma perlu mengikuti beberapa langkah mudah dan selepas itu anda akan mendapat tandatangan tersebut. Jadi, apa tunggu lagi?? Mari kita buat tandatangan.


Anda perlu masuk ke laman web My Live Signature, pilih sama ada anda ingin mendaftar atau membuat tandatangan tanpa mendaftar. Seterusnya anda, ikuti saja cara² yang telah disediakan. Semoga berhasil.


Cuba anda lihat kotak mesej amaran di atas, ikon dan teksnya berlainan sekali iaitu penggunaan bahasanya ialah Bahasa Melayu. Untuk pengetahuan anda, mesej amaran di atas di hasilkan sendiri oleh penulis. Walaubagaimanapun, ianya tidaklah dapat anda gunakan sebagai kotak mesej amaran tetap jika berlaku sebarang kesilapan kerana ia cuma bertujuan untuk suka² saja. v7


Adakah anda juga ingin membuat kotak mesej amaran anda sendiri?? Silalah berkunjung ke laman web Error Message Generator untuk memilih ikon dan teks anda sendiri. Selamat mencuba. v7


Jika anda seorang yang aktif berforum di dalam portal² tertentu, tentu avatar menjadi keutamaan anda untuk digunapakai di profail anda. Ada sesetengah orang tidak pandai mencipta avatar sendiri, malah terpaksa meminta moderators atau rakan² lain membantu membuat avatar untuk mereka. Nah, kini anda boleh memilih pelbagai jenis avatar untuk dijadikan avatar rasmi anda. kenyit


Anda cuma perlu memilih avatar yang sesuai dengan citarasa anda. Kemudian, klik pada avatar tersebut dan anda boleh melakukan proses pengubahsuaian ke atasnya. Antaranya anda boleh meletakkan nick name anda, memilih tulisan berserta saiz dan warnanya. Selepas itu anda tekan butang Change the message dan muatnaik ke laman web untuk dipautkan. Mudah sajakan?? Cubalah sendiri di Avatar Generator. senyumkenyit


Ibu bapa kita dahulu tentu sempat bergambar dengan latar belakang gambar tersebut hitam dan putih. Zaman dahulu walaupun persekitaran gambar yang diambil itu berwarna-warni tetapi apabila dicuci dari segulung filem, ia tetap hitam putih. Justeru, penulis ingin mengembalikan nostalgia indah ibu bapa kita itu dengan memperkenalkan laman web yang boleh mengubah gambar berwarna anda kepada hitam putih. ihikhik


Laman web ini berbahasa Jepun tetapi ada pilihan bahasa Inggeris disediakan. Anda cuma perlu muatnaik gambar anda dan tekan butang Convert. Secepat kilat, gambar moden tersebut akan bertukar menjadi gambar lama, seolah² anda lahir pada seratus tahun dahulu. Anda boleh mencubanya di laman Bakumatsu Koshashin Generator. nerd

Sumber : Akusape

Gambar diatas penulis buat di Flashpix. Tapi sayangnya, kita tidak boleh meletakkan gambar kita sendiri kerana latarbelakangnya sudah ditentukan. Anda boleh memilih gambar latarbelakangnya dari tiga kategori iaitu signs, fun dan misc. Kemudian, anda boleh memilih funky border yang anda kehendaki. Selepas itu, masukkan pula effects yang bersesuaian dengan kehendak anda. Pendek kata, anda boleh menggunakan kreativiti anda sendiri untuk membuatnya. ihikhik


Tunggu apa lagi?? Buatlah Flashpix Generator anda sendiri pula. Semoga terhibur. Senyum selalu. senyumkenyit