Ogos 2007


avatars myspace with Gickr
Hari ini Malaysia menyambut ulangtahun kemerdekaannya yang ke 50 tahun. Setelah lebih separuh abad merdeka, adakah Malaysia benar² telah menjadi sebuah negara yang mentadbir mengikut acuannya sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana² kuasa asing?? Penulis mengharapkan tanahair tercinta ini menjadi sebuah negara yang aman damai untuk didiami. Mudah²an negara ini dilindungi Allah dari musibah malapetaka. Penulis melihat ramai manusia berpusu² ke Padang Astaka. Deretan kenderaan pelbagai jenama membanjiri halaman rumah penulis. Setiap dari mereka sama ada bersama keluarga, teman atau buah hati beriringan ke sana. Mungkin untuk melihat temasya yang diadakan sempena perayaan ini. Penulis cuma melihat dengan perasaan bercampur-baur. nerd


Di kelas tadi, ada beberapa orang pelajar penulis tidak hadir, mungkin sengaja mencari alasan Hari Merdeka untuk “ponteng” kelas. Malahan, sebahagian dari pelajar yang ada kelihatan gelisah apabila penulis melanjutkan sedikit masa untuk menanda buku setelah masa belajar tamat. Mereka mendesak penulis untuk segera menamatkan kelas kerana ibu bapa sudah berjanji untuk membawa mereka melihat pertunjukan bunga api. Sejenak penulis terfikir, inikah erti kemerdekaan yang cuba dipupuk oleh generasi sekarang kepada anak² mereka?? Hiburan menjadi agenda utama untuk mengisi slot yang ada, bercampur gaul antara lelaki dan perempuan tanpa batasan. Penulis kesal dengan senario yang berlaku di dalam masyarakat hari ini. Sewajarnya, slot untuk mengisi kemerdekaan dilakukan dengan memanjatkan syukur kepada Allah, memeriahkan masjid dan surau dengan alunan merdu Al-Quran. Owhhh Malaysiaku, selamat ulang tahun ke 50. Semoga pentadbir dirimu memperbanyakkan aktiviti keagamaan dan bukan hiburan semata². encem


Resolusi penggunaan skrin berbeza pada setiap komputer. Ada pengguna yang gemarkan resolusi 800 x 600, 1024 x 768 atau 1280 x 1024. Adakalanya resolusi skrin yang digunakan menyakitkan mata anda dan anda perlu mengubahnya pada Display Properties Windows anda. Tahukah anda bahawa browser Firefox boleh digunakan untuk mengubah resolusi yang anda kehendaki?? gile

Penulis akan memberitahu anda bagaimana untuk menggunakannya. Anda cuma perlu mengikuti cara² di bawah.

  • Zoom in : Tekan butang CTRL dan + (tanda tambah) serentak.
  • Zoom out : Tekan butang CTRL dan (tanda tolak) serentak.
  • Normal : Tekan butang CTRL dan 0 (kosong) serentak.

Menarik bukan?? Cubalah. Hehehe!!! hah


Kadangkala kita memerlukan email untuk mengakses laman web penting. Tetapi bukan semua web yang perlu pendaftaran itu mustahak buat kita. Kebiasaannya setiap orang cuma mempunyai satu atau dua email khusus untuk sebarang aktiviti di dalam internet. Menggunakan email sebenar sewaktu mengisi data boleh mengakibatkan email anda dispam. Jadi, kita perlu menggunakan email alternatif untuk melindungi email peribadi. topi

Khidmat email yang ditawarkan ini hanya berfungsi selama 15 minit sebelum ianya tamat tempoh. Anda boleh membaca dan membalas email di dalam tempoh yang diberi itu. Sekiranya masa yang diperuntukkan tidak mencukupi, anda cuma perlu menekan butang tambahan masa selama 15 minit lagi. Penulis menasihati anda agar menggunakan email pakai buang ini untuk tujuan baik sahaja dan anda dilarang menggunakannya untuk tujuan tidak baik. Dapatkannya di Guerrilla Mail. tumbuk



Seperti yang penulis janjikan kepada AnGeL iN DisGuiSe, kali ini penulis mahu berkongsi satu perisian yang sangat bagus untuk mempelbagaikan teknik mengedit gambar. Kebanyakkan orang menggunakan Adobe Photoshop untuk melakukan pelbagai teknik menarik ke atas gambar tetapi penulis tidak tahu menggunakan perisian tersebut. Justeru, penulis mencari alternatif lain untuk mengedit foto dan hasilnya terpapar di atas setelah penulis melakukan teknik Effect pencil-drawing. kenyit

Perisian yang penulis gunakan ini mempunyai pelbagai teknik menarik yang boleh dipraktikkan ke atas foto kegemaran anda. Tutorialnya juga mudah dan senang untuk difahami. Anda tidak seharusnya berasa sedih lagi kerana tidak pandai menggunakan Adobe Photoshop kerana kini anda juga boleh mengedit foto anda dengan kreativiti anda tersendiri. Paling penting, ianya mendapat sentuhan jari anda dan pamerkan kepada rakan² anda. Lebih mengagumkan lagi, perisian ini adalah percuma. Perisian ini juga mempunyai plug in untuk anda pasang sekiranya anda sudah mahir menggunakannya. Teruja untuk mengedit foto anda sendiri?? Dapatkan perisian Photo Filtre sekarang juga. encem

Rindunya penulis kat blog ini. Sepanjang cuti sekolah yang lalu, penulis tidak dapat mengupdate blog ini sebab komputer penulis ‘kurang sihat’. Terpaksa laa penulis bercuti dari menulis blog. Semalam baru penulis mengambil komputer penulis di kedai. Harapan penulis agar komputer kesayangan penulis ini sudah kembali pulih seperti sedia kala. Penulis dan komputer umpama rakan akrab. Jika komputer penulis bermasalah, walanglah hati penulis. doa

Sewaktu penulis online YM pagi tadi, seseorang menegur penulis dan memberitahu bahawa dia sering membaca blog penulis. Katanya lagi, dia kecewa apabila mendapati blog penulis sudah beberapa hari tidak diupdate. Sungguh tidak penulis sangka, blog picisan ini punya ‘peminatnya’ tersendiri. Terima kasih kerana sudi bertandang ke teratak buruk penulis ini. InsyaAllah, penulis akan menulis entri yang bermanfaat buat saudari dan pembaca yang lain. senyumkenyit


Anda belum ada blog tetapi teringin untuk membuat blog?? Penulis ingin mengajak anda untuk menjenguk satu laman web yang menawarkan khidmat blog yang ringkas. Ianya sangat sesuai untuk orang yang mula berjinak² dengan dunia blog atau tidak punya cukup masa untuk membuat blog yang rumit. Blog ini dapat disiapkan dalam masa yang singkat, bergantung kepada kepantasan anda mencari idea untuk dimuatkan ke dalam blog. ihikhik

Blog ini menarik tetapi kelemahannya ialah ia tidak mempunyai fungsi komen. Tidak mengapa, setelah anda mahir berblog, anda boleh beralih pula memblog di Blogspot atau WordPress.

Jika anda berminat, bangunkan weblog anda di Tumblr. Selamat berblog. Jangan lupa addkan link penulis di blog anda. kenyit

Eriyza’s Blog
Eriyza’s Blog

Letakkan tetikus anda pada link² di atas untuk melihat perbezaan.

Selalunya apabila anda membuat link pada laman web di blog / website anda, link tersebut didatangkan dengan garisan di bawahnya. Anda mungkin tidak gemar link yang bergaris. Jadi bagaimana hendak membuang garisan tersebut?? Penulis akan memberikan tips ini untuk anda. Mari kita lihat bagaimana caranya. senyumkenyit


Anda cuma perlu meletakkan kod seperti dibawah untuk membuang garisan tersebut.

Ini ialah kod link yang bergaris.

<A HREF=”http://www.eriyzaqistina.blogspot.com“>Eriyza’s Blog</A>

Ini pula kod link tanpa garisan.

<A HREF=”http://www.eriyzaqistina.blogspot.comSTYLE=”TEXT-DECORATION: NONE“>Eriyza’s Blog</A>

Sila tukar tulisan yang berhuruf tebal dengan tulisan anda sendiri. Tulisan yang berwarna merah menunjukkan kod untuk membuang garisan pada link. sengihnampakgigi

Sila klik butang di atas.

Ada pembaca bertanya kepada penulis, adakah penulis seorang guru komputer. Penulis hanya tersenyum kerana penulis bukan seorang yang pandai bidang komputer. Ilmu yang ada pada penulis cuma sedikit dan yang sedikit inilah ingin penulis kongsikan bersama anda.

Sama seperti anda, penulis mencari ilmu melalui pembacaan dan penulis mencuba ilmu yang penulis rasakan bermanfaat. Penulis rasa ramai di antara anda yang memiliki website peribadi. Mari kita belajar koding HTML. Paparan di atas dinamakan membuat butang untuk link. kenyit


Cara²nya adalah seperti berikut :-

<FORM METHOD=”LINK” ACTION=”http://eriyzaqistina.blogspot.com>
<INPUT TYPE=”submit” VALUE=”Eriyza’s Blog>
</FORM>

Gantikan ayat yang penulis tebalkan di atas dengan ayat anda sendiri. Selamat mencuba. sengihnampakgigi

Semakin lama semakin seronok pula berkongsi ilmu tentang komputer di blog ini. Penulis amat gembira apabila pelbagai jenis ilmu yang penulis adaptasikan disini, mendapat maklum balas positif daripada pembaca blog ini. Terima kasih kerana mencuba ilmu yang terdapat disini. Kali ini penulis mahu berkongsi pula cara untuk restart Windows secara mudah. Anda teruja nak belajar?? ihikhik

Cara²nya adalah seperti berikut :-

  • Klik kanan pada desktop komputer anda.
  • Pilih New -> Shortcut
  • Taipkan shutdown -r -t 0
  • Klik Next, dan berikan nama pintasan sebagai “Restart”
  • Klik Finish

Anda boleh menggunakan pintasan ini setiap kali anda mahu restart / reboot komputer anda. Mudah bukan?? senyumkenyit


Lazimnya apabila penulis hendak menyalin semula fail atau folder, penulis akan klik kanan pada fail / folder tersebut kemudian menekan butang copy. Selepas itu barulah diletakkan di dalam folder satu lagi. Cara ini sedikit melambatkan. Kini, ada cara yang lebih mudah dan penulis ingin berkongsi dengan pembaca blog ini. rindu

Jika anda mahukan opsyen Copy To pada klik kanan, anda boleh menyunting Registry

  • Klik Start -> Run
  • Taipkan regedit

  • Kembangkan (expand) ke fail² berikut:

  1. HKEY_CLASSES_ROOT

  2. AllFilesystemObjects

  3. shellex
  4. ContextMenuHandlers
  • Cipta Key baru dan namakan dengan Copy To. Klik dua kali pada string ‘(Default)’. Masukkan nilai berikut ke dalam Value data:

    {C2FBB630-2971-11d1-A18C-00C04FD75D13}

  • Klik OK

Sekarang klik kanan pada mana-mana fail atau folder dan lihat perkataan copy to seperti di dalam gambar tertera di skrin anda .

Cara ini lebih mudah dan cepat. Penulis sudah mencubanya dan ternyata ianya sangat menarik. Anda bila lagi?? nerd

Laman Berikutnya »