Kadangkala kita memerlukan email untuk mengakses laman web penting. Tetapi bukan semua web yang perlu pendaftaran itu mustahak buat kita. Kebiasaannya setiap orang cuma mempunyai satu atau dua email khusus untuk sebarang aktiviti di dalam internet. Menggunakan email sebenar sewaktu mengisi data boleh mengakibatkan email anda dispam. Jadi, kita perlu menggunakan email alternatif untuk melindungi email peribadi. topi

Khidmat email yang ditawarkan ini hanya berfungsi selama 15 minit sebelum ianya tamat tempoh. Anda boleh membaca dan membalas email di dalam tempoh yang diberi itu. Sekiranya masa yang diperuntukkan tidak mencukupi, anda cuma perlu menekan butang tambahan masa selama 15 minit lagi. Penulis menasihati anda agar menggunakan email pakai buang ini untuk tujuan baik sahaja dan anda dilarang menggunakannya untuk tujuan tidak baik. Dapatkannya di Guerrilla Mail. tumbuk