November 2007



Anda pengguna khidmat Yahoo! Messenger 8? Penulis akan memberitahu anda cara-cara untuk login 2 id YM yang berbeza sekaligus di dalam satu komputer sahaja. Sebenarnya masalah ini seringkali timbul dalam beberapa situasi. Sebagai contoh, ada seseorang ingin menggunakan komputer anda untuk tujuan chatting. Tetapi pada masa yang sama anda tidak mahu sign out YM anda. ihikhik


Jadi dalam situasi ini, anda perlu setting program anda supaya anda dan kawan anda dapat online (YM) sekaligus dalam satu komputer pada waktu yang sama dengan menggunakan id yang berbeza.

Anda tentu faham bahawa kebiasaannya anda hanya mampu sign in 1 id sahaja dalam satu komputer. Dengan penjelasan mudah yang penulis berikan ini, anda mampu sign in 2 ataupun lebih id sekaligus dalam satu komputer. Sekali lagi diingatkan, kemudahan ini hanya untuk pengguna Yahoo Messenger 8 (versi terbaru).

Ikuti langkah berikut :

1. Download dan install YM versi 8
2. Tekan butang Start >> Run >> taip “regedit” >> OK.
3. Buka HKEY_CURRENT_USER >> Software >> yahoo >> pager >> test .
4. Klik kanan pada folder test >> New >> DWORD value >> taip “Plural” sebagai nama file.
5. Tekan enter 2 kali pada file plural yang baru saja dibuat. Pada “Value data” isikan angka 1 (untuk 2 id) , 2 (untuk 3 id) dan seterusnya. Pastikan bahagian “Base” berada pada pilihan Hexadecimal (16). Klik ok untuk menamatkan setting anda. Selamat mencuba. menari

Note : Untuk cuba samada berjaya atau tidak usaha anda ini, just click pautan YM macam biasa. Cuma yang bezanya, click yang kedua ini tidak akan mengganggu YM anda satu lagi yang sedang beroperasi. Yang penting, anda mesti guna id yang berlainan masa login tu. Ok, jika ada masalah, sila tanya.


Ssebelum ini penulis pernah menggunakan widget yang dibuat oleh Adi di sudut bawah kiri blog ini. Sewaktu penulis melawat blog Cikgu Lepak, beliau mengadakan tutorial untuk membuat widget sendiri. Akhirnya, penulis telah berjaya menghasilkan widget sendiri berbekalkan bantuan dan tutorial beliau. kenyit


Oleh kerana susah untuk menampal kod javascript di blogspot ini, anda disarankan ke blog Cikgu Lepak untuk mempelajari cara² membuat widget sendiri. sengihnampakgigi

Lagu terbaru dari Saiful (Apek). Penulis sebenarnya tidak mengetahui akan kewujudan lagu ini sehinggalah dimaklumkan oleh adinda penulis. Kemudian, penulis mencari lagu ini dan melodi bersahajanya sesuai untuk bersantai. Penulis difahamkan lagu ini adalah untuk soundtrack filem Duyung tetapi dimainkan terlebih dahulu di radio. Mungkin untuk publisiti sebelum filem Duyung ditayangkan. Ada pula dakwaan mengatakan lagu ini disadur dari lagu Indonesia. fikir


Aspalela by Saiful (Apek)

Ingat tak lagi janji kita dulu aspalela
Kau dan aku akan bersama sampai ke akhir jua
Tapi sayang janji itu dirampas orang ketiga
Oh aspalela jangan buat ku kecewa

Sampai hati kau pergi kepadanya
Makan hatiku bila kau berkata
Patah hati dengan hubungan kita
Hancur hatiku aspalela

Terpisah kerna terpaksa akur desakan keluarga
Ku sedar bukan kehendakmu tapi apakan daya
Adakah lagi harapan untuk kita bersama
Oh aspalela apa syarat pun ku terima

Sampai hati kau pergi kepadanya
Makan hatiku bila kau berkata
Patah hati dengan hubungan kita
Hancur hatiku Aspalela

Oh Lela Lela Lela Lela
Oh oh oh oh Lela Lela Lela
Oh oh Lela Lela Lela
Oh oh oh oh Lela Lela Lela

Oh… Adakah lagi peluang kita utk bersama
Oh aspalela jangan tinggalkan ku sayang

Sampai hati kau pergi kepadanya
Makan hatiku bila kau berkata
Patah hati dengan hubungan kita
Hancur hatiku aspalela

Lela Lela … Lela Lela Lela
Lela Lela … Lela Lela Lela
Lela Lela … Lela Lela Lela
Lela Lela … Lela Lela Lela

Lela Lela Aspalela

Layankan saja. ihikhik


Penulis sering memuatturun video dari Youtube untuk disimpan sebagai koleksi peribadi. Ada diantara video² tersebut penulis tukarkan ke dalam format .avi, .mp3 atau .3gp jika penulis ingin masukkan ke dalam telefon bimbit. Penulis ingin memperkenalkan sebuah laman web yang sering penulis gunakan untuk penukaran format dari .flv kepada format lain. topi


Laman ini membolehkan anda menukar format .flv kepada 5 format berlainan. Antara khidmat yang ditawarkan ialah format .avi,.mov, .mp4, .3gp dan .mp3. Anda cuma perlu tampalkan url video yang anda kehendaki di dalam kotak yang disediakan. Kemudian, pilih format yang anda kehendaki. Sila layari laman web Vixy untuk tujuan tersebut. senyumkenyit


Sekiranya anda ingin membuat kejutan kepada rakan² anda dengan menghantar email cinta atau sekadar ingin berkenalan, anda boleh menggunakan email alternatif untuk berbuat demikian. Anda tidak perlu menulis nama dan email sebenar anda. Cuma pastikan nama dan email penerima anda betul. gelakguling


Menariknya, email yang anda tulis akan direkodkan termasuklah kesilapan ejaan yang anda lakukan. Penerima akan membaca email tersebut mengikut cara typing dan mereka boleh memilih tiga gaya pembacaan iaitu slower, normal dan faster. Jom hantar email kejutan buat rakan² di Fuzzmail. setan

Penulis sertakan dua contoh email.
My Love
Why Fuzzmail


Ada diantara pengguna internet mempunyai lebih dari satu email Yahoo!. Adakalanya, email² yang kita daftarkan tidak mahu digunakan lagi. Justeru, anda ingin membatalkan akaun tersebut kerana ianya tiada email diterima di akaun tersebut. Bagaimana caranya untuk membatalkan email Yahoo?? Penulis ada caranya. senyumkenyit


Berikut ialah butiran lanjut untuk membatalkan akaun Yahoo! anda.

  • Mula² anda masuk ke web Yahoo!
  • Anda akan melihat paparan akaun anda seperti gambar diatas.
  • Kemudian, anda masukkan password seperti gambar dibawah.
  • Selepas itu, klik butang YES untuk membatalkan akaun Yahoo! anda.


Awas! Anda akan kehilangan peluang untuk menggunakan Yahoo! Services seperti Games, Geocities dan lain². Selain itu, akaun yang anda batalkan tidak dapat dikembalikan semula. Jadi, fikir dahulu sebelum bertindak. kenyit


Pemilihan wallpaper pada komputer masing² bergantung kepada citarasa tuan punya komputer tersebut. Ada orang suka wallpaper bercorak abstrak, keindahan alam atau jenama kenderaan. Mungkin juga anda gemar meletakkan gambar anda sendiri atau ahli keluarga yang lain sebagai penghias skrin. kenyit


Selain daripada jenis² wallpaper yang penulis sebutkan diatas, penulis juga menggemari wallpaper berbentuk buah²an. Sekiranya anda juga ingin mencipta kelainan pada paparan skrin anda, bolehlah mencuba wallpaper ini pula. Anda boleh memuatturun penghias skrin ini di Galeri Wallpaper Buah²an. celebrate

Ramai orang suka menggunakan Yahoo Messenger untuk bersembang. Bagi pengguna Yahoo Messenger, setiap kali anda membuka Windows anda, Yahoo Messenger akan keluar di skrin secara automatik. Sesetengah orang tidak suka Yahoo Messenger dibuka secara automatik kerana ianya melambatkan proses di Windows. Tahukah anda bahawa anda boleh menghilangkan Yahoo Messenger tersebut dari dipaparkan secara automatik?? cium


Penulis akan mengajar anda cara untuk menghilangkan Yahoo Messenger tersebut.

  • Buka Yahoo Messenger.
  • Sign in dengan Yahoo ID anda.
  • Di tab menu bar, klik Messenger dan pilih Preferences.
  • Kemudian anda hilangkan tanda dalam kotak Automatically start Yahoo! Messenger.’
  • Tekan Apply dan OK.

Selepas ini, Yahoo Messenger tidak akan keluar lagi apabila anda memulakan Windows. Selamat mencuba. takbole

Gambar diatas penulis buat di Flashpix. Tapi sayangnya, kita tidak boleh meletakkan gambar kita sendiri kerana latarbelakangnya sudah ditentukan. Anda boleh memilih gambar latarbelakangnya dari tiga kategori iaitu signs, fun dan misc. Kemudian, anda boleh memilih funky border yang anda kehendaki. Selepas itu, masukkan pula effects yang bersesuaian dengan kehendak anda. Pendek kata, anda boleh menggunakan kreativiti anda sendiri untuk membuatnya. ihikhik


Tunggu apa lagi?? Buatlah Flashpix Generator anda sendiri pula. Semoga terhibur. Senyum selalu. senyumkenyit


Ada sesetengah orang suka meletakkan jalur pada sudut atas kiri atau kanan blog / web mereka. Penulis tidak pasti perkataan yang tepat untuknya kerana ada yang menyebut jalur manakala yang lain pula menyebut riben. Walau apa pun perkataan yang digunakan, penulis pasti anda faham apa yang penulis perkatakan. Kali ini penulis mahu berkongsi dengan anda satu laman web yang menawarkan perkhidmatan membuat jalur / riben ini. Jom!!! nerd


Ia didatangkan di dalam empat bentuk dan anda boleh memilih bentuk yang ada mengikut citarasa anda sendiri. Antara bentuk yang ditawarkan ialah postal, minimal, rounded dan square. Sekiranya anda berminat untuk meletakkan benda ini di blog / web anda, sila berbuat demikian di Quick Ribbon. kenyit

Laman Berikutnya »