Januari 2008


Kebiasaannya lagu Yeh Lai Siang dinyanyikan di dalam bahasa Mandarin atau Kantonis. Bagaimana bunyinya jika ia dinyanyikan di dalam versi Korea?? Yeh Lai Siang versi Korea ini dinyanyikan oleh pelakon kecil molek tersohor iaitu Moon Geun-Young. Dengarkan suara merdu pelakon merangkap penyanyi ini. Semoga anda terhibur. sengihnampakgigi

Ini lagu asal Yeh Lai Siang dendangan Teresa Teng.

Wo wei ni ge chang….
Wo wei ni si liang…

#
Na nan feng chui lai qing liang na ye ying ti sheng qi chuang
Yue xia de hua ‘er dou ru meng zhi you na ye lai xiang
Tu lu zhe fen fang wo ai zhe ye se mang mang
Ye ai zhe ye ying ge chang geng ai na hua yi ban de meng
Yong bao zhe ye lai xiang wen zhe ye lai xiang

*
Ye lai xiang wo wei ni ge chang
Ye lai xiang wo wei ni si liang
Awo wei ni ge chang wo wei ni si liang

Repeat # *

Ye lai xiang ye lai xiang ye lai xiang

Layannn. menari


Hari lahir sahabat anda bakal menjelang tidak lama lagi. Anda teringin untuk menghantar ucapan hari lahir melalui email kepadanya tetapi anda tidak mempunyai internet di rumah. Justeru, untuk menghantar email terlalu awal, nanti tiada kejutan. Hendak dihantar terlalu lewat, anda pula bimbang dia berkecil hati. Alangkah bagusnya jika ada email yang membolehkan anda menetapkan tarikh email tersebut dihantar. rindu


Usah gusar jika anda tiada masa untuk ke cyber cafe. Gunakan saja perkhidmatan email Letter Me Later yang membolehkan anda memilih sendiri tarikh email itu dihantar. Email akan sampai tepat pada masanya dan si dia yang menerima email daripada anda pasti tersenyum lebar. cium


Entah bagaimana bisa penulis luahkan rasa hati ini. Akhir² ini ayahanda penulis kurang sihat. Lututnya sakit dan dia tetap bekerja seperti biasa. Bayangkan di dalam kesakitan yang amat sangat, dia masih juga mahu menyiapkan tugasannya sama seperti hari lain. Jika orang lain, sudah tentu mereka akan mengambil cuti sakit. Semangatnya masih kuat biarpun badannya sakit. Semangatnya itu amat penulis kagumi, sukar untuk dilakukan jika tiada jati diri yang kuat. star


Ayahanda berjalan perlahan dan terhencot². Penulis cuba untuk memegangnya agar dia tidak jatuh tetapi dia berkeras tidak mahu. Luluh hati penulis melihat ayahanda yang dikasihi tetap berusaha berjalan meskipun sakit. Penulis pernah sakit kaki dan penulis tahu bagaimana rasanya sakit itu. Hanya Allah lebih mengetahui, ia tidak dapat diungkapkan dengan perkataan.

Lazimnya ayahanda dan bonda tidur tanpa katil, jadi agak sukar untuk dia bangun dari tilam yang rendah di dalam keadaan begitu. Penulis menawarkan bilik penulis yang mempunyai katil untuk dia tidur tetapi dia tidak mahu kerana katanya bilik penulis jauh dari bilik air. Akhirnya, bilik bujang adinda penulis menjadi persinggahan sementara ayahanda. sedih

Bonda yang setia menemani ayahanda tidur di lantai kerana bilik itu cuma mempunyai katil bujang. Itulah kali pertama ayahanda tidur di dalam bilik anak lelakinya. Menitis airmata penulis mengenangkan kasih sayang kedua ibu bapa penulis. Kasih sayang yang suci murni, tidak bisa ditukar ganti dengan apa² pun. Di dalam sujud akhir penulis, tidak putus² penulis berdoa memohon agar ayahanda kembali sihat seperti sediakala.

Penulis mahu melihat senyuman ayahanda, bukan kerutan menahan sakit. Penulis mahu mendengar gelak ketawa ayahanda, bukan berdiam diri kerana sakit. Penulis mahu mendengar larangannya yang tidak mengizinkan penulis ke mana², bukan arahan supaya dihantar ke klinik. Penulis mahu ayahanda sihat sejahtera, bukan sakit. Ya Allah, berikanlah kesihatan yang berpanjangan buat ayahanda kesayanganku. peluk

Kalau dulu, penulis sering berkecil hati apabila ayahanda penulis tidak mengizinkan penulis untuk pergi ke mana² atau keluar bersama kawan² tetapi kini penulis berasa janggal bila tidak kedengaran perkataan “Tak boleh, tak diizinkan pergi.” Penulis berjanji pada diri sendiri bahawa penulis akan menjadi anak yang taat, penulis takkan merajuk lagi jika ayahanda melarang. Penulis cuma mahu ayahanda sihat selalu.

Penulis tinggalkan segala yang penulis ingini. Penulis pendamkan hasrat untuk menyambung pelajaran, biarlah penulis terus disisi ayahanda walaupun tidak dapat menjadi seorang yang berilmu. Biarlah, penulis redha. Penulis rela korbankan impian penulis asalkan penulis dapat melihat ayahanda setiap hari. Dapat berkhidmat kepada ayahanda bonda adalah perkara terindah di dalam hidup penulis.

Hati ini resah gelisah, risau jika ayahanda tidak sempat melihat penulis berkahwin. Penulis mahu ayahanda walikan pernikahan penulis, alangkah elok kalau ayahanda boleh jadi jurunikah bagi penulis. Penulis mahu ayahanda mengenali suami penulis dan juga bermain dengan anak² penulis. Kalau boleh, penulis juga mahu kedua² adinda penulis dikahwinkan oleh ayahanda bonda kami. Anak² kami dapat bermanja dengan datuk dan neneknya pula. Itu doa dan harapan penulis. doa

Akhirnya, petang tadi penulis telah pergi membeli sebuah katil untuk ayahanda dan bonda. Penulis memilih katil kayu berwarna hitam. Mudah²an ayahanda akan tidur dengan selesa di atas katil baru itu. Katil itu dibeli hasil perkongsian wang kami tiga beradik. Terima kasih adinda²ku diatas kerjasama kalian. Sayang kamu berdua. cium

Penulis tidak berdaya hendak menaip lagi. Airmata makin deras mengalir, lajunya bagai hujan yang turun di musim tengkujuh. Ya Allah, berikanlah kami sekeluarga kebahagiaan di dunia dan akhirat, rezeki yang melimpah ruah dan kesihatan yang baik. Amin.


Adakah anda sedang mencari laman web yang boleh digunakan untuk membuat carta atau graf?? Penulis sebenarnya mencari contoh² carta dan graf, secara tidak sengaja laman web ini pula yang penulis temui. Walaupun ia disarankan untuk kanak² tetapi penulis rasa ia juga bermanfaat buat orang dewasa. ihikhik


Laman web ini menawarkan pelbagai rekabentuk carta atau graf. Ia didatangkan di dalam lima pilihan seperti carta bar, pai dan lain². Kemudian, anda boleh masukkan data yang diperlukan. Selepas itu buat label tertentu. Anda boleh membuat prasiar sebelum menyimpan atau mencetaknya. Buatlah carta dan graf anda di Create A Graph. sengihnampakgigi


Ketika bersembang dengan Musafir Kerdil siang tadi, penulis bertanyakan padanya tentang cara yang digunakan untuk mengambil gambar dari blog / laman web yang tidak membenarkan klik kanan. Beliau mengatakan bahawa cara yang biasa digunakan ialah dengan mengambil maklumat kodnya (view source) atau pun mencetak saja skrinnya (print screen). Penulis pasti, anda juga berbuat demikian bukan?? setan


Justeru, penulis suka untuk berkongsi cara yang sering penulis gunapakai di browser Firefox jika blog / laman tersebut tidak membenarkan klik kanan.

  • Klik menu Tools.
  • Kemudian pilih Page Info.
  • Selepas itu, pilih tab Media.
  • Pilih gambar dikehendaki di dalam kotak Address / Type .
  • Kemudian Save As untuk disimpan.

Inilah cara yang penulis sering gunapakai. Anda bolehlah mencubanya pula. menari


Mungkin anda sedang mencari laman web untuk membuat risalah (brochure atau flyer). Ada sesetengah orang memanggilnya sebagai pamplet. Seringkali risalah dibuat ketika sekolah / syarikat mahu mengadakan majlis tertentu. Tujuannya ialah untuk menerangkan agenda yang bakal diadakan. Ianya diedarkan secara percuma kepada orang ramai. encem


Jika anda sedang ditugaskan untuk membuat risalah, anda boleh menggunakan khidmat laman web My Brochure Maker. Terdapat pelbagai pilihan tema yang disediakan mengikut tiga kategori utama. Anda cuma perlu mengedit isi kandungannya dan boleh dicetak setelah anda berpuas hati dengan hasilnya. jelir


Ramai orang gemar memuatturun dari torrent. Adakah anda juga tergolong di dalam kelompok yang suka menoron?? Tentu anda sering mencari cerita² kegemaran anda di enjin pencarian tertentu untuk dimuatturun. Kali ini, penulis ingin memperkenalkan enjin pencarian yang boleh digunakan untuk mencari fail² torrent. marisini


Menariknya, enjin pencarian ini mendapatkan maklumat daripada beberapa laman web popular seperti Mininova, the Pirate Bay, Vuze dan lain² lagi. Pencarian anda akan menjadi lebih mudah dengan Youtorrent. topi


Jika anda sedang mencari logo dan jenama syarikat, produk atau sesuatu yang berkaitan, penulis fikir anda patut mencuba laman web ini. Kadangkala buntu juga untuk mencari logo dan jenama yang dikehendaki, apatah lagi jika anda memerlukannya segera. Laman web ini menawarkan beribu² logo dan jenama merangkumi pelbagai negara. tepuktangan


Selain itu, anda juga boleh memuatnaik logo dan jenama syarikat atau produk anda untuk dikongsi bersama rakan² siber yang lain. Silalah buat pencarian anda di Best Brands Of The World. senyumkenyit


Kotak Yahoo Messenger yang muncul secara tiba² sewaktu penulis khusyuk menulis bahan pengajaran dan pembelajaran kadangkala boleh menyebabkan idea yang digarap hilang. Selain itu, ia juga amat mengganggu jika penulis sedang asyik menonton anime Slam Dunk. Justeru, penulis menggunakan kaedah tertentu untuk menghilangkan kotak tersebut dari skrin komputer penulis. Anda mahu tahu caranya?? tanduk


Apabila ada rakan² yang ingin bersembang, kotak tersebut secara automatik akan berada pada penjuru bawah belah kanan komputer penulis. Cara untuk menyembunyikannya sangat mudah.

  • Buka Yahoo Messenger.
  • Pilih Messenger pada tab menu.
  • Kemudian pilih Preferences.
  • Selepas itu, pilih Messages.
  • Tanda kotak Minimize the message window to the taskbar.
  • Tekan Apply dan OK.

Kini, anda boleh membuat tugasan anda dengan mudah. Tiada lagi gangguan dari kotak sembang Yahoo Messenger. Selamat mencuba. ihikhik


Bosan menunggu gambar yang terlalu lama untuk disiapkan apabila melayari blog / laman web?? Seeloknya anda mengecilkan dahulu gambar² yang anda ingin muatnaik sebelum ianya dipaparkan kepada umum. Selain ianya memudahkan para pelawat untuk melihat koleksi gambar² anda, ia juga dapat menjimatkan masa. encem


Anda boleh menggunakan laman Web Resizer untuk mengecilkan gambar. Selain mengecilkan gambar, anda juga boleh menambah border dan mengubah kualiti gambar tersebut. menari

Laman Berikutnya »