Ogos 2007


Selamat Hari Lahir Buat Ayahanda Tersayang. Semoga ayahanda sentiasa sihat sejahtera. Semoga ayahanda dimurahkan rezeki. Semoga ayahanda bahagia dunia wal akhirat. Sesungguhnya ayahanda adalah ayah terbaik di dunia ini. Takkan ada galang gantinya. Anakanda dan seluruh ahli keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir Buat Ayahanda. cium


Always There For Your Daughter

Every day the whole year through,
I feel grateful you are my father.
Some fathers don’t have time for their kids,
But for you I’m never a bother.

You always make the effort to listen and share;
You’re always there when you’re needed.
It warms me to know how much you care,
And with that knowledge my worries are defeated.

Dad, you are truly admired and adored,
And as your daughter, I hope that you know,
These sentiments fill me each day of the year,
And my love for you continues to grow.

Happy Birthday! love


Tentu anda pernah terfikir hendak tahu sesebuah website itu dihostkan oleh siapa. Penulis telah menjumpai sebuah website yang membolehkan penulis untuk mencari siapa di sebalik tabir website kegemaran penulis. Walaubagaimanapun, ketepatan website ini memberikan maklumat tidak dapat dijamin seratus peratus. fikir

Anda cuma perlu menaip alamat website tersebut di dalam kotak yang tersedia dan tekan tell me untuk maklumat seterusnya. Sila ke website Who Is Hosting This untuk memulakan pencarian anda. encem

.wlwHGYO { display: block; background-image:url(http://welovewidgets.com/i/hE.gif); } .wlwHGYO:hover { background-image:url(http://welovewidgets.com/i/hEo.gif); }

Penulis sebenarnya tidak berminat mana dengan Horoscope ni tetapi mungkin ada orang lain yang gemar dengan bahan sebegini. Bagi penulis, kehidupan kita sejak azali telah ditentukan oleh Allah. Cuma, sebagai insan yang punya aqal fikiran, kita perlu mencari sesuatu yang bermanfaat buat diri kita. Usah diturut jalan yang salah, pilih saja laluan yang betul. InsyaAllah, selamat dunia wal akhirat. cium


Bagi sesiapa yang mahu mendapatkan Horoscope diatas, bolehlah berbuat demikian di We Love Widgets.


Apabila anda memuatturun gambar dari camera digital, kebiasaannya gambar itu dilabel secara huruf seperti D786, D787, D789 dan seterusnya. Begitu juga jika anda memuatturun gambar dari camera handphone, labelnya pula adalah mengikut tarikh seperti 20070707, 20070706, 20070705 dan sebaliknya. Jika gambar² tersebut adalah jenis berturutan, tentu lambat jika anda mahu menamakannya semula satu persatu. around
Prosedur untuk menamakan gambar² tersebut ialah seperti berikut.

  • Buka My Pictures atau mana² folder yang anda simpan gambar² tersebut.
  • Pilih semua gambar yang anda mahu namakan semula. Sekiranya gambar² yang ada disusun secara tidak teratur, anda tekan butang Ctrl dan klik gambar yang anda mahu.
  • Pada menu File di atas, klik Rename.
  • Taip nama baru dan kemudian tekan Enter.

Perhatikan folder anda sekarang. Semua gambar² tersebut sudah disusun mengikut nama yang anda taip. Sebagai contoh, jika gambar tersebut anda taip Keluarga dan kesemua gambar² di dalam folder itu akan dinamakan Keluarga 1, Keluarga 2 dan seterusnya.

Untuk makluman anda, teknik ini bukan hanya boleh digunakan untuk menamakan semula gambar, bahkan anda juga boleh menggunakannya untuk menamakan perisian yang lain pada folder anda. Selamat mencuba. encem

Tahukah anda bahawa kita boleh menaip tanpa menggunakan keyboard?? Cuma perlukan mouse dan klik butang² huruf pada on-screen keyboard. Perkhidmatan ini ditawarkan hanya untuk Windows XP. Namun, menaip di on-screen keyboard tidak sebagus menaip di keyboard biasa. Anda mahu cuba?? ketukmeje

Caranya mudah saja.

  • Klik butang start.
  • Pilih run.
  • Taip perkataan osk dalam kotak.
  • Klik ok.

Sekarang paparan on-screen keyboard akan terpampang pada pc anda. Anda boleh laa gunapakai. Siap. ihikhik

Lagu Trang Bulan

Lagu Negaraku
Sila dengar kedua² lagu tersebut dan cari persamaannya. cium
Lagu Negaraku dipilih daripada lagu rasmi negeri Perak. Lagu Trang Bulan, yang berasal daripada Pulau Mahé di Kepulauan Seychelles, telah dibawa pulang oleh Raja Abdullah setelah baginda selesai menjalani hukuman dibuang negeri ke Kepulauan Seychelles, kerana didakwa bersubahat membunuh Residen British, JWW Birch. Lagu Trang Bulan ciptaan penggubah Perancis, Pierre Jean de Beranger (1780-1857) ini, kemudiannya telah diberikan seni kata baru dan dinamakan “Allah Lanjutkan Usia Sultan” seterusnya dijadikan lagu rasmi Negeri Perak Darul Ridzuan. kenyit

Lirik Negaraku

Versi Rumi

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup
bersatu dan maju,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan,
Raja kita
selamat bertakhta,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan.
Raja kita
selamat bertakhta

Versi Jawi

نڬاراكو
تانه تومڤهڽ دارهكو
رعيت هيدوڤ
برساتو دان ماجو

رحمة بهاڬيا
توهن كورنياكن
راج كيت
سلامت برتختا

رحمة بهاڬيا
توهن كورنياكن
راج كيت
سلامت برتختا


Berikut ialah lirik lagu Trang Bulan.

Lirik Trang Bulan

Terang Bulan, Terang Bulan Di Kali,
Buaya Timbul, Disangkalah Mati
Jangan Percaya Mulutlah lelaki,
Berani Sumpah Tapi Takut Mati!
Jangan Percaya Mulutlah Lelaki,
Berani Sumpah Tapi Takut Mati!

Adakah benar lagu kebangsaan negara kita disadur dari lagu Mamula Moon (Trang Bulan)?? Kenapa tidak dicipta sahaja sebuah lagu yang boleh memartabatkan negara kita?? Penulis musykil tentang hal yang satu ini. Penulis banyak sangat berfikir agaknya. fikir

Sumber Rujukan :
Lagu Trang Bulan
Original Mp3 Trang Bulan


Inilah wajah pencipta bendera Malaysia atau kini lebih dikenali sebagai Jalur Gemilang. Beliau ialah allahyarham Mohamed bin Hamzah. Berasal dari Johor Bahru dan bertugas sebagai kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor.

Beliau menamatkan persekolahan di English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar) dan amat berbakat dalam bidang seni lukis. Beliau menyertai pertandingan merekacipta bendera Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1947 yang diadakan oleh pemerintah pada masa itu. Ketika itu beliau berusia 29 tahun.

Beliau meninggal dunia pada 19 Februari 1993, kira² 14 hari sebelum usianya 75 tahun di rumah keluarga beliau di Jalan Stulang Baru, Kampung Melayu Majidee. Walaupun beliau sudah tiada lagi, namun jasanya tetap dikenang hingga akhir zaman. encem


Salinan lakaran ini dipercayai adalah hasil karya allahyarham yang telah dihantar ke Kuala Lumpur untuk menyertai pertandingan tersebut.


Dokumen ini telah ditandatangani oleh seorang yang bernama Encik Mohamed Bin Hamzah dan tandatangan yang terdapat pada dokumen ini dan lakaran bendera di atas adalah sama. senyum

Berdasarkan kepada penemuan ini, besar kemungkinan bahawa pencipta Bendera Persekutuan Tanah Melayu ialah allayarham Mohamed Bin Hamzah. menari

Note : Diedit dan diolah semula oleh penulis dari website asal.

Sumber Rujukan :
Heritage Malaysia
Anniversary Of Malaysia’s National Day



Syukur alhamdulillah. Hanya itu yang mampu penulis ucapkan ke hadrat Allah Yang Maha Esa. Segala puji-pujian hanya buatNya yang memiliki seluruh isi bumi dan langit. Setelah sekian lama, hari ini penulis diberi kesempatan untuk bertemu seorang sahabat. Beliau bukan saja sahabat penulis, malahan merupakan guru yang banyak mengajar penulis ilmu dunia dunia dan akhirat. peace


Pertemuan sulung kami berlangsung di sebuah gerai Otak² dan Satar. Meskipun pertemuan itu hanya berlaku di dalam masa yang singkat iaitu kira² satu jam, namun penulis sudah cukup berpuas hati. Tak dapat penulis gambarkan perasaan seronok penulis kerana dapat menemui insan bertuah ini. Doa dan harapan penulis agar ukhwah yang terbina ini sentiasa berkekalan selamanya. InsyaAllah. senyum


Mari kita belajar cara untuk mencari lagu di Google. Sebenarnya mudah saja nak cari lagu di Google, anda cuma perlu taip ‘keyword’ yang betul pada kotak carian dan secepat kilat lagu yang anda kehendaki terpampang di skrin komputer anda. harus diingat, cara ini berkesan sekiranya lagu yang anda minta ada pada orang lain. siul

Anda cuma perlu menaip perkataan dibawah (lihat gambar) pada kotak carian Google :-

?intitle:index.of? [extension] [nama artis atau tajuk lagu]

seperti contoh diberi

?intitle:index.of? [mp3] [Dewa Dewi]

Setelah lagu yang anda kehendaki disenaraikan, tugas anda hanyalah ‘right click’ dan ‘save as’ lagu tersebut. Sekiranya anda mahu mencari software, tukarkan saja perkataan extension itu kepada exe / wmv / pdf dan sebagainya. Penulis suka cara ini, mudah dan ringkas. Lagi pula, tiada sebarang software perlu diinstal, hanya menggunakan khidmat Pakcik Google semata². Cubalah sendiri. menari


Apa yang terlintas di kotak fikir anda sewaktu melihat gambar ini? Penulis menggambarkan si kecil ini baru berusia kira² 5 tahun dan di dalam usia sekecil ini, rokok sudah menjadi sebahagian daripada hidupnya. Tidak sanggup penulis hendak bayangkan apa akan terjadi pada budak ini sekiranya usianya menginjak remaja nanti. Entah berapa ribu kotak rokok yang akan menjadi “makanannya” nanti. Sepatutnya budak ini tidak dibenarkan merokok. takbole



Cuba lihat gambar di atas. Perhatikan “resipi” yang diadun untuk membuat sebatang rokok. Sekiranya anda seorang perokok, maka itulah “santapan” harian yang sukar anda tinggalkan. Wahai para perokok di luar sana, berhentilah merokok. Usahlah dibinasakan diri anda sendiri dengan rokok yang mendatangkan banyak penyakit. Tetapkan iltizam untuk berhenti merokok dan cuba menahan diri dari rokok. Anda mampu mengubahnya. Katakan selamat tinggal kepada rokok hari ini juga. babai

« Laman SebelumnyaLaman Berikutnya »