Februari 2008



Parlimen dibubarkan pada hari ini. Bahang pilihanraya ke 12 semakin dirasakan. Di sepanjang jalan, bendera pelbagai parti politik dari kerajaan sehingga barisan alternatif mewarnai suasana. Penulis percaya sehari dua lagi, poster dan banner akan mula dinaikkan untuk menghangatkan lagi demam pilihanraya. Perang poster akan bermula sebagai satu wadah memperjuangkan parti politik masing². menari


Di dalam keghairahan kita menantikan detik membuang undi, adakah anda sudah menjalankan tanggungjawab anda dengan menyemak nama anda di daftar pemilih?? Kalau mahu mendaftar sekarang, sudah terlewat kerana anda tidak boleh mengundi untuk tahun ini. Justeru, adalah penting untuk anda mendaftar sebagai pemilih jika sudah genap usia 21 tahun. Jangan menunggu sehingga detik akhir, baru hendak mendaftar. Penulis telah menyemak nama penulis dan maklumatnya terpapar dengan teratur. Nampaknya penulis akan bersama² memeriahkan warga masyarakat yang lain untuk menunaikan tanggungjawab pada negara.

Dulu, laman web Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia cuma berlatar belakang putih dan cukup ringkas. Kini, ia diubahsuai dengan banner yang cantik dan latar belakang berwarna kelabu. Bagi anda yang telah mendaftar, bolehlah menyemak maklumat diri anda sekarang. Jangan lupa pergi mengundi. Pilihlah pemimpin yang betul. cium


Adakah anda seorang yang sibuk dengan pelbagai tugasan seharian?? Pernahkah anda terlupa tarikh berserta agenda penting gara² tidak mencatatkannya di dalam diari?? Justeru, anda mungkin memerlukan perkhidmatan email peringatan untuk memastikan tarikh dan agenda penting yang perlu anda lakukan tidak terlepas lagi.


Anda boleh memilih tarikh dan juga masa untuk email tersebut dihantar. Email peringatan ini boleh dihantar di Forlater. Selamat mencuba.


Versi Aaron Kwok
Selamat mendengar. Semoga terhibur.


Video klip adalah antara bahan yang sering menjadi kegemaran pengguna di internet untuk dimuatturun. Ada banyak laman web yang menawarkan perkhidmatan video klip. Walaubagaimanapun, mencari video klip kegemaran anda dari satu web ke web yang lain kadangkala membosankan. Sebenarnya anda boleh mencari video klip dari pelbagai laman web dengan menggunakan enjin pencarian yang betul. kenyit


Enjin pencarian ini membolehkan anda mencari video klip dari pelbagai laman web seperti Veoh, Youtube, Myspace, Sivoo, Web Video dan lain² lagi. Anda cuma perlu masukkan kata kunci video klip yang ingin dicari. Selepas itu, paparan video yang ada akan terpampang berserta paparan prasiarnya. Anda boleh memulakan pencarian video klip anda di Blinkx. encem


Kadangkala apabila kita menulis alamat blog / laman web, ianya tidak ditukarkan terus ke format yang membolehkan pautan (link) itu diklik terus ke lamannya. Justeru, anda perlu memastikan setiap alamat web itu diformatkan ke kod HTML untuk membolehkan ianya diklik. Apa kata kalau anda biarkan generator saja yang menguruskannya penukaran formatnya?? setan


Anda cuma perlu menulis setiap alamat web yang dikehendaki, kemudian klik butang Make Clickable!. Selepas itu, kesemua teks tadi telah bertukar ke format pautan yang sepatutnya. Seterusnya, anda cuma perlu memilih untuk membuka semua pautan sekaligus dengan menekan butang Open checked links!!. Jika tidak mahu kesemua pautan dibuka serentak, hilangkan saja tanda dalam kotak yang ada. Cara ini sangat berkesan jika anda ingin memuatturun fail yang berturutan. Tukarkan teks kepada pautan di Linkrr. kenyit


Anda gemar bermain teka silangkata?? Anda mampu menyelesaikan semua silangkata dengan sukses?? Permainan ini mampu menguji minda dan membuatkan seseorang itu berfikir lebih kreatif. Penulis ingin mengajak anda yang gemarkan permainan ini untuk mencubanya di dalam talian. topi


Permainan ini boleh diselesaikan di dalam bentuk menegak dan melintang. Menariknya ia tidak disertakan sebarang klu dan anda perlu berfikir beberapa perkataan yang difikirkan sesuai untuk mengisi kotak yang ada. Anda akan diberi beberapa abjad di sebelah kanan dan abjad pilihan anda cuma perlu diklik untuk diisi di dalam kotak. Beberapa abjad telah diberi di dalam kotak untuk memberi anda sedikit panduan.

Walaubagaimanapun, semakin susah permainannya, semakin sedikit pula abjad yang diberi di dalam kotak. Permainan ini bermula dengan peringkat Beginner, Easy, Normal, Hard dan Expert. Sekiranya anda buntu untuk menyelesaikannya, tekan saja butang Give Up dan jawapan akan diberi. Penulis sarankan anda mencuba permainan ini kerana ia menyeronokkan. Anda boleh bermain silangkata di Crossword. nerd


Tahukah anda bahawa kebanyakkan paparan gambar yang penulis letakkan di blog ini diambil dengan menggunakan perisian cetak skrin (screenshot)?? Bagi penulis, perisian ini mudah untuk digunakan dan paparannya juga menarik. Perisian ini adalah antara bahan penting yang menjadi kegemaran penulis ketika membuat blog. Jadi, anda mungkin berminat dengan perisian ini. kenyit


Perisian ini membolehkan anda mencetak skrin pada desktop / blog / laman web. Ianya boleh dilaras dan anda boleh memilih kawasan yang anda ingin cetak saja. Selain itu, anda juga boleh menambah anak panah, teks, bingkai dan mewarnakan gambar tersebut. Kemudian, anda boleh memilih untuk menyimpannya di screencast, flickr, ftp dan fail. Justeru, kerja anda menjadi semakin mudah dengan perisian ini. Selain boleh dicetak sebagai imej, ia juga boleh dijadikan video. Muatturun dan nikmati kemudahan ini di Jing Project. Anda pasti berpuashati. menari


Petang semalam, penulis membawa ahli keluarga penulis yang lain ke Terengganu Bandaraya Warisan Pesisir Air. Tujuan kami ke sana hanyalah sekadar untuk bersiar² sekaligus merapatkan hubungan kekeluargaan antara kami. Alhamdulillah, ayahanda sudah sihat dan dia kelihatan gembira dapat meluangkan masa bersama isteri dan anak²nya. Penulis bertolak agak lewat dan tiba di sana ketika senja sudah menampakkan diri. Kami sempat pergi ke Mydin Mall. Susah sungguh hendak mendapatkan lot parking disini, setelah puas berpusing², akhirnya ada juga parking kosong. gigitjari


Setelah membeli serba sedikit di Mydin, kami tinggalkan gedung membeli-belah yang tersohor itu. Sewaktu menaiki Jambatan Sultan Mahmud, penulis melihat keindahan Masjid Kristal di seberang laut Pulau Duyung. Kami tidak berkesempatan untuk ke sana kerana perlu pulang. Penulis kemudiannya menghala ke pusat bandar sewaktu rembulan sudah menjengah. Suasana di Kuala Terengganu lengang, tidak seperti di bandar penulis. Lantas penulis terfikir sejenak, Bandaraya ini bagaikan kota mati, tidak sesak seperti yang penulis gambarkan. Lalu lintasnya lancar, tiada sebarang masalah. Nampaknya kehidupan di bandar kecil kami lebih sibuk dari Bandaraya ini.

Setelah puas meronda di Bandaraya, kami pun pulang semula ke Kemaman. Kami singgah di kedai Lempeng untuk mengisi perut yang sudah mula berkeroncong. Lempeng di sini boleh tahan sedapnya tetapi nasi minyaknya kurang sedap. Walau apa pun, syukur dengan rezeki yang ada.

Penulis membayangkan Bandaraya Terengganu sesibuk Kuantan namun sangkaan itu meleset sama sekali. Masih banyak kemudahan infrastruktur perlu dibangunkan dan projek pembangunan perlu giat dilaksanakan. Penulis berharap pada kunjungan kali kedua nanti setelah Terengganu menjadi Bandaraya, senarionya akan berubah. Pengalaman kali pertama ke Terengganu setelah dinobatkan sebagai Bandaraya Warisan Pesisir Air hanya boleh dikatakan sebagai boleh tahan saja, belum boleh dikatakan bagus. Namun, tempoh masa sebulan bergelar Bandaraya belum cukup untuk dinilai sejauhmana kehebatannya. Semoga Terenganu terus maju dan makmur. ihikhik

Pernahkah anda menghantar email berbentuk ikon gambar kepada sahabat² anda?? Email ikon bergambar bukan sahaja mudah difahami malah amat menyeronokkan untuk digunapakai. Kadangkala menulis email biasa tanpa sebarang tulisan membosankan juga. Apa kata kalau anda biarkan rakan anda tersenyum dengan menghantar email berikon gambar lucu?? Tentu mereka akan menghargai email anda. ihikhik


Meskipun, tidak semua ikon ada untuk anda melengkapkan maksud email anda tetapi anda boleh menggunakan tulisan untuk menggantikan ikon tertentu. Mungkin juga anda perlu berfikir secara kritis untuk membolehkan email anda ditulis anda tanpa perlu memasukkan tulisan biasa. Selain daripada email, anda juga boleh menghantar ekad. Rasai keseronokan email dan ekad ikon bergambar di Zlango. menari


Anda ingin mencari laman web berbahasa Arab?? Anda pula tidak tahu kata kunci yang tepat untuk mencarinya. Jangan risau, anda masih mencari laman web berbahasa Arab dengan menggunakan kata kunci berbahasa Inggeris. Penulis tidak mahu bercerita panjang. banyakckp


Anda cuma perlu menaip perkataan yang anda kehendaki dan mulakan pencarian. Cubalah enjin pencarian Yamli untuk mencari blog / laman web Arab. Semoga ia bermanfaat buat anda. kenyit

« Laman Sebelumnya