Tentu anda amat maklum blog siapakah yang penulis paparkan kali ini. Mungkin juga anda hairan apa pula kaitan topik penulis kali ini dengan blog tersebut. Jangan kalut wahai pembaca yang budiman, penulis cuma ingin menjadikan blog tersebut sebagai contoh untuk satu tips yang akan penulis ajarkan. Ianya adalah berkenaan dengan cara untuk mengedit blog / laman web orang lain tanpa perlu keizinan dari pemiliknya.


Anda boleh mengedit apa saja isi kandungan blog / laman web pilihan anda. Malah, anda boleh membuang gambar yang ada serta menukar kedudukan menu tertentu mengikut citarasa anda. Caranya mudah saja. Anda perlu masuk ke blog / laman web tersebut dan letakkan kod di bawah ini di address bar.

javascript:document.body.contentEditable=’true’; document.designMode=’on’; void 0

Selepas anda menekan butang Enter, anda boleh membuat apa yang anda mahu seolah² blog / laman web tersebut kepunyaan anda. Bila anda sudah berpuas hati, anda boleh menyimpannya (save) sebagai kenangan. Cubalah.