Bermacam cara digunakan oleh pemilik blog untuk mencantikkan blog mereka. Antara benda yang sering ditambah ialah meletakkan imej di hadapan tajuk sesuatu topik. Penggunaan imej yang kecil dan cantik boleh menarik minat para pembaca untuk terus melayari blog anda. Kali ini penulis ingin berkongsi cara untuk menambah imej tersebut.

Seperti biasa, anda perlu Login masuk ke Blogger.

1.Masuk ke Layout dan pilih Edit HTML.

2.Cari kod .post h3 {

3. Gantikan kod tersebut dengan kod di bawah ini.

.post h3 {
margin: 3px;
padding:12px;
padding-left: 58px;
font-size:180%;
font-weight:normal;
line-height:1.4em;
color:#000000;
border-bottom: 1px dashed #000000;
background: url(‘http://www.yourimage.com/image.png‘) no-repeat;

Anda perlu menukar tulisan berwarna merah dengan alamat imej yang anda pilih sendiri. Selamat mencuba. Semoga berhasil.

Tentu anda amat maklum blog siapakah yang penulis paparkan kali ini. Mungkin juga anda hairan apa pula kaitan topik penulis kali ini dengan blog tersebut. Jangan kalut wahai pembaca yang budiman, penulis cuma ingin menjadikan blog tersebut sebagai contoh untuk satu tips yang akan penulis ajarkan. Ianya adalah berkenaan dengan cara untuk mengedit blog / laman web orang lain tanpa perlu keizinan dari pemiliknya.

Anda boleh mengedit apa saja isi kandungan blog / laman web pilihan anda. Malah, anda boleh membuang gambar yang ada serta menukar kedudukan menu tertentu mengikut citarasa anda. Caranya mudah saja. Anda perlu masuk ke blog / laman web tersebut dan letakkan kod di bawah ini di address bar.

javascript:document.body.contentEditable=’true’; document.designMode=’on’; void 0

Selepas anda menekan butang Enter, anda boleh membuat apa yang anda mahu seolah² blog / laman web tersebut kepunyaan anda. Bila anda sudah berpuas hati, anda boleh menyimpannya (save) sebagai kenangan. Cubalah.

Sesetengah bloggers tidak gemar meletakkan kotak jerit di blog mereka. Justeru, jika pembaca punya sebarang soalan atau cadangan untuk dikemukakan kepada pemilik blog tersebut, komen di bahagian topiklah yang menjadi sasaran. Namun, ada cara yang lebih bagus untuk berhubung antara penulis dan pembaca blog iaitu dengan menggunakan borang maklumbalas.

Penulis juga ada menyediakan borang tersebut walaupun sudah tersedia kotak jeritan di blog ini. Manalah tahu kalau² ada pembaca yang sudi untuk mengirimkan email buat penulis. Caranya mudah sahaja, anda cuma perlu isi bahagian nama, email, subjek dan juga mesej. Kemudian, klik sahaja Send Email selepas anda mengisi kata laluan yang diberikan. Anda boleh membuat borang maklumbalas di KontactR.

Hari ini genap empat tahun blog ini penulis paparkan kepada umum. Sewaktu kali pertama menulis di blog ini dahulu, penulis berasa begitu janggal untuk meluahkan apa saja di laman blog ini. Pelbagai gaya bahasa yang penulis gunapakai di blog ini, sama ada bahasa pasar atau bahasa standat. Pelbagai ilham juga telah penulis curahkan sepanjang menjadi seorang bloggers. Dahulu penulis banyak menulis tentang diri sendiri, maka banyaklah topik luahan perasaan penulis dapat anda baca. Kemudian, penulis mula beralih kepada topik yang lebih bermanfaat dengan berkongsi sedikit ilmu komputer yang penulis ada.

Jika punya kelapangan masa, penulis gemar bereksperimen dengan tema blogspot yang ditawarkan. Penulis banyak belajar mengedit tatarias blog ini daripada Delang, Ien dan BlogMenjerit. Jutaan terima kasih penulis ucapkan kepada mereka. Ketika penulis berblog dahulu, hanya segelintir sahaja rakan² penulis mempunyai blog. Selebihnya sekadar menjadi pembaca sahaja tetapi senario itu berubah kini apabila lebih ramai orang mula terbabit di dalam pembikinan blog. Malah, pemimpin² politik juga sudah pandai menulis blog peribadi.

Lebih menggembirakan saat itu, orang yang paling penulis sayangi juga mempunyai blog. Justeru, blog dia adalah antara blog wajib yang penulis baca setiap hari. Tetapi kini, semua itu sudah menjadi sejarah. Ianya hanya tinggal sebagai memori terindah di dalam hidup penulis.

Jika blog ini adalah seorang budak, tentu sahaja kini ia sudah menjadi kanak² yang comel. Namun, ia hanyalah sebuah nukilan hasil tulisan seorang gadis bernama Eriyza. Terima kasih kerana berkunjung ke sini sama ada anda pertama kali melawat ke blog ini atau pengunjung tegar yang sentiasa ke sini. Terima kasih di atas dorongan dan sokongan anda.

Cari benda tersembunyi di dalam gambar merupakan antara permainan kegemaran kanak². Penulis juga pernah menggunakan kaedah sedemikian di dalam pengajaran dan pembelajaran sewaktu penulis menjadi guru dahulu. Justeru, permainan sebegini dapat mendidik anak² berfikir selain menyeronokkan sewaktu proses pembelajaran berjalan.

Permainan ini memerlukan ketelitian yang tinggi kerana anda perlu mencari 26 abjad ABC yang tersembunyi di dalam gambar. Penulis hanya berjaya menemui 25 abjad sahaja dan abjad D gagal ditanda. Jika anda seorang yang handal di dalam permainan seperti ini, tentu sahaja anda mampu mengatasi rekod penulis. Selamat mencari abjad² yang tersembunyi di Where Is ABC.

Berikut penulis paparkan sebahagian berita ringkasnya.

Cerita bermula saat Perianto jatuh sakit dan dirawat sang ibu. Saat tidur di pelukan ibunya, nafsu pun muncul. Gayung bersambut maka jadilah. Sumini pun kini mengandung delapan bulan.

Institusi kekeluargaan sudah semakin pincang. Sumbang mahram berlaku secara berleluasa. Hal ini perlu dibendung dengan tegas dan pelakunya perlu dihukum agar menjadi iktibar kepada orang lain. Anda boleh membaca berita penuhnya di Liputan6.Com.

Terlalu banyak topik menarik yang ada di dalam simpanan penulis untuk dikongsi bersama pembaca blog ini tetapi penulis tidak mempunyai perasaan (mood) untuk menulis tentangnya. Justeru, penulis akan membiarkan blog ini bersawang tanpa entri terkini. Penulis mahu bercuti seketika meskipun penulis pernah berhasrat untuk berhenti menulis di blog ini.

Repvblik – Hanya Ingin Kau Tahu

Ku telah miliki
Rasa indahnya perihku
Rasa hancurnya harapku
Kau lepas cintaku

Rasakan abadi
Sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau pahami
Ku pikir ku salah mengertimu

Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku

ow wooo wo wo wo

Walaupun semua hanya ada dalam mimpiku
Hanya ada dalam anganku
Melewati hidup

Rasakan abadi
Sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau pahami
Ku pikir ku salah mengertimu

Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku

Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku

ow wooo wo wo wo wo wo wo wo wo

Penulis menjengah akhbar di dalam talian sebentar tadi untuk melihat berita menarik untuk hari ini. Belek punya belek, penulis tertarik pada satu topik yang berjudul Hanya Tuntutan Watak. Rupa²nya ia berkisar tentang filem baru yang dilakonkan oleh Awal Ashaari. Penulis tidak mahu mengulas mengenai filem ini tetapi tentang kombinasi aksesori yang tidak sesuai yang dipakai dek jejaka ini.

Watak yang dibawa Awal ialah tentang pemuda yang mendalami agama tetapi lucunya di dalam busana jubah serba putih yang dipakainya, mengapa terselit juga subang di telinga?? Samada kru produksi filem ini tidak menyedari tentang itu atau sememangnya Awal sendiri cetek ilmu agama, ia tidak seharusnya berlaku. Sesungguhnya usah mempermainkan watak pemuda alim dengan aksesori subang yang menjolok mata. Maaflah, penulis memang meluat dengan lelaki yang bersubang apatah lagi jika ia cuba dipersendakan dengan serban.

Berita lanjut di Kosmo! Online.

Ada pembaca blog ini bertanyakan tentang ikon Yahoo Messenger online status penulis. Sebelum ini penulis pernah menulis tentang topik Yahoo Messenger Online Status tetapi hanya satu ikon yang penulis perkenalkan. Justeru, kali ini penulis suka untuk berkongsi dengan para bloggers lain pelbagai lagi ikon versi yang lain.

Anda perlu menukar tulisan berwarna biru dengan id Yahoo Messenger anda dan tulisan berwarna merah pula adalah jenis² ikon yang boleh anda pilih mengikut citarasa anda sendiri.

Sumber / Kredit : Ien’s Blog

Satu lagi widget kalendar yang penulis kira menarik untuk dikongsi bersama para pembaca dan bloggers yang lain. Kalendar ini amat ringkas dan sesuai untuk anda yang gemarkan sesuatu yang bersahaja. Anda boleh mengubah tema, warna teks malah boleh meletakkan gambar latar belakang mengikut citarasa anda sendiri.

Jika anda berhasrat untuk menggunapakai kalendar ini, anda boleh mendapatkannya di Yourminis. Selamat mencuba.