Aakhirnya urusan untuk mendaftarkan kematian bonda usai pada hari ini setelah berlaku sedikit kekeliruan sebelum ini. Beberapa hari lalu penulis dan keluarga ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Kemaman untuk mendaftarkan kematian bonda, malangnya kami dimaklumkan bahawa kami perlu ke JPN Kuantan kerana arwah bonda meninggal di Hospital Tengku Ampuan Afzan. Justeru, semalam kami ke JPN Kuantan yang terletak di Bandar Indera Mahkota untuk tujuan tersebut. Selesai sahaja urusan di JPN Kuantan, kami terus pulang ke rumah. Perjalanan yang lama ke Kuantan hanya untuk penyerahan borang sedangkan pengendaliannya cuma 15 minit sahaja. Kami disuruh ke JPN Kemaman semula untuk menyerahkan borang yang telah siap diisi. v7


Penulis agak kesal dengan apa yang berlaku ini. Sepatutnya pihak berwajib memaklumkan kepada kami terlebih dahulu tempat sepatutnya pendaftaran itu dibuat, maka tidaklah kami terpaksa pergi beberapa kali ke JPN Kemaman / JPN Kuantan. Penulis mungkin akan dikompaun kerana kelewatan mendaftarkan kematian bonda walhal ianya berlaku kerana kekeliruan yang tidak disengajakan. Kami perlu melampirkan bersama surat akuan sumpah dan surat tunjuk sebab di atas kelewatan mendaftarkan kematian tersebut. Seterusnya, kami perlu menunggu selama tiga bulan untuk mendapatkan sijil kematian arwah bonda. Jadikan kes ini satu pengajaran buat kita semua. v7