Mungkin ada pembaca yang tertanya² mengapa blog ini tidak dikemaskini sekerap dulu. Untuk pengetahuan rakan² pembaca yang sering mengunjungi teratak buruk penulis ini, rutin hidup penulis kini berubah sama sekali. Jika dulu, penulis punyai banyak ruang dan peluang untuk mencoret sesuatu di sini tetapi kini masa itu perlu penulis isi dengan pelbagai tugasan yang menanti untuk diselesaikan. Justeru, penulis mempunyai waktu yang sangat terhad untuk meneruskan nukilan di blog ini. v7


Tambahan pula, baru² ini penulis kurang sihat akibat tidak cukup tidur. Penulis bagai berada di awan²an dan dinasihatkan oleh doktor supaya tidur dengan kadar yang cukup setiap hari. Penulis akur dengan saranan doktor. Jadi, blog ini mungkin lambat dikemaskini lantaran kesibukan penulis. Terima kasih diatas sokongan anda terhadap blog ini, tanpa pembaca seperti anda, blog ini hanyalah ilmu tanpa amal. Semoga kita semua terus dirahmati Allah, bahagia di dunia wal akhirat. InsyaAllah. doav7