Jun 2008



Harga petrol naik lagi, ianya menjadi perbualan hangat setiap warganegara Malaysia baik di tempat kerja mahu pun di kedai kopi. Semalam, bermula dari penyebaran kenaikan harga petrol melalui sms, jutaan rakyat termasuk penulis sendiri menyerang stesen minyak di seluruh negara untuk mendapatkan petrol pada kadar lama iaitu RM 1.92 seliter sebelum berubah kepada RM 2.70 seliter setelah harganya dinaikkan sebanyak RM 0.78 untuk seliter. Satu kadar kenaikan yang agak tinggi pada pandangan penulis. v7


Pernahkah anda terfikir untuk memprotes kenaikan ini secara terus kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Bin Ahmad Badawi?? Jangan gusar, kini anda boleh menulis warkah untuk Perdana Menteri secara maya dan jika anda bernasib baik, anda akan mendapat respon daripada beliau. Jadi, tunggu apa lagi?? Segeralah menulis ketidakpuasan hati anda terhadap apa jua isu untuk tindakan lanjut Perdana Menteri di Warkah Untuk PM. Selamat menulis. v7


Aakhirnya urusan untuk mendaftarkan kematian bonda usai pada hari ini setelah berlaku sedikit kekeliruan sebelum ini. Beberapa hari lalu penulis dan keluarga ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Kemaman untuk mendaftarkan kematian bonda, malangnya kami dimaklumkan bahawa kami perlu ke JPN Kuantan kerana arwah bonda meninggal di Hospital Tengku Ampuan Afzan. Justeru, semalam kami ke JPN Kuantan yang terletak di Bandar Indera Mahkota untuk tujuan tersebut. Selesai sahaja urusan di JPN Kuantan, kami terus pulang ke rumah. Perjalanan yang lama ke Kuantan hanya untuk penyerahan borang sedangkan pengendaliannya cuma 15 minit sahaja. Kami disuruh ke JPN Kemaman semula untuk menyerahkan borang yang telah siap diisi. v7


Penulis agak kesal dengan apa yang berlaku ini. Sepatutnya pihak berwajib memaklumkan kepada kami terlebih dahulu tempat sepatutnya pendaftaran itu dibuat, maka tidaklah kami terpaksa pergi beberapa kali ke JPN Kemaman / JPN Kuantan. Penulis mungkin akan dikompaun kerana kelewatan mendaftarkan kematian bonda walhal ianya berlaku kerana kekeliruan yang tidak disengajakan. Kami perlu melampirkan bersama surat akuan sumpah dan surat tunjuk sebab di atas kelewatan mendaftarkan kematian tersebut. Seterusnya, kami perlu menunggu selama tiga bulan untuk mendapatkan sijil kematian arwah bonda. Jadikan kes ini satu pengajaran buat kita semua. v7

Satu lagi karya kartun animasi flash ciptaan Encik Papan berjaya penulis paparkan di blog ini. Kali ini ceritanya berkisar tentang Umar dan Vespa pula. Penulis paparkan karya ini sekadar untuk santapan santai anda semua. Semoga anda terhibur hendaknya. rindu


Sila lawati laman web Encik Papan untuk mengetahui tentang kartun nukilannya. menari

Kartunis popular lagik glamour iaitu Encik Papan telah mencipta kartun beranimasikan flash untuk peminat watak kartunnya. Justeru, penulis berminat untuk meletakkannya pula di blog ini sebagai santapan santai para pembaca. Sejujurnya, penulis belum mempunyai sebarang idea untuk ditulis di dalam blog ini. Nantikan saja kemunculan entri terbaru penulis di lain masa. xpasti


Anda boleh melawati laman web Papan untuk mengambil kartun flash Pakcik Kordi dan lembunya ini. Akhir kata, senyum sokmo. senyum

« Laman Sebelumnya